Tayangan perdana filem fantasi aksi animasi Jepun–Arab Saudi yang pertama, “The Journey”, berdasarkan peristiwa sejarah pra-Islam, telah ditayangkan pada acara peribadi di Muzium Kesenian Islam Malaysia hari ini. Filem yang memenangi anugerah ini diterima baik oleh tetamu jemputan yang merangkumi lebih 90 orang wakil daripada ahli akademik, persatuan profesional dan syarikat; 26 orang wakil kerajaan Malaysia dan 18 orang wakil dari 11 buah negara. Acara perdana ini membuka pentas untuk kejayaan masa depan industri animasi yang menyasarkan perolehan sebanyak USD 600 bilion pada 2030 dan kini telah mencapai perolehan sebanyak USD 400 bilion. Read more →