Kalendar Acara Semarak Seni @ Panggung Anniversari 2026 yang mengangkat tema “Dulu, Kini dan Selamanya” merupakan satu inisiatif berterusan dalam menghidupkan kembali kegemilangan salah satu pentas seni paling ikonik dan bersejarah di ibu kota. Melalui pendekatan yang lebih dinamik dan inklusif, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan sebanyak 40 acara pelbagai genre yang akan berlangsung hampir setiap minggu bermula Januari 2026, sekali gus menjadikan Panggung Anniversari sebagai nadi seni budaya yang sentiasa hidup dan aktif sepanjang tahun. Read more →
