Tag: tv3

(SEMASA) Media Prima Digital dan Samsung Lancarkan Tonton untuk Platform SMART TV

Aplikasi Tonton eksklusif di Samsung Smart TV

Peneraju dunia teknologi global, Samsung Malaysia Electronics dengan kerjasama Media Prima Digital kini melancarkan aplikasi TV Tonton untuk Samsung SMART TV. Media Prima Digital, kumpulan media digital nombor 1 di Malaysia di bawah Media Prima Berhad, konglomerat media terulung di Malaysia, memiliki dan bertanggungjawab ke atas operasi harian portal video tempatan nombor 1 di Malaysia, Tonton. Read more →

(HIBURAN) Konsert penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang (BMB)

bowl 2

Konsert penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang (BMB) yang telah berlangsung pada malam Ahad yang lalu (19 Mei 2013) menyaksikan 3 peserta tercorot, Kelawak (Raja Azura), Tocai (Senario) dan Big Too (Sabri Yunus) meninggalkan pentas BMB. Dengan itu, BMB turut mengumumkan Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Bowl (Afdlin Shauki) melangkah ke pusingan seterusnya dan bakal bersaing dengan 3 peserta terbaik daripada Kumpulan B. Selain itu, konsert BMB semalam juga meraikan hari jadi sifu Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faizal Ismail dan juga Mazlan Senario (hari jadi Lan terjatuh pada 20 Mei). Read more →

(SEMASA) 3R KEMBALI

Yuen, Tini, Rafidah & Azah)

3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebelum laman sosial Facebook hadir dalam kehidupan harian kita. Bakal memasuki musim yang ke-14 pada tahun ini, 3R yang sudah bersiaran melebihi satu dekad ini kini kembali dengan konsep dan barisan hos yang baru. Read more →

(SEMASA) Kemuncak DA’I (Pendakwah Milenia)

IMG_0032Setelah 12 minggu mengharungi pelbagai cabaran, Nor Adibah Binti Rozain menjadi juara Da’i (Pendakwah Milenia) musim pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000, trofi dan sijil. Pelajar kelahiran Jengka, Pahang ini merupakan pelajar jurusan TESL di UiTM Shah Alam. Beliau mengalahkan 2 lagi peserta akhir iaitu Mohamad Azamudin Bin Zainal dan Muhammad Tajdid Hadhari. Read more →

(HIBURAN) BOWL Pamer Persembahan Hebat Sekaligus Ungguli Konsert Kedua

Kumpulan BOWL bersama Sifunya, Afdlin Shauki

Bintang Mencari Bintang (BMB) kini lebih mantap dan bertenaga! Kumpulan A yang terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) kembali beraksi malam ini untuk membuktikan kehebatan yang mereka miliki di pentas BMB. Selepas seminggu memberi laluan kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian minggu lalu, Kumpulan A mempunyai waktu rehat dan latihan yang lebih panjang untuk membuat persiapan untuk persembahan mereka. Read more →