18 Oktober lalu, hampir 4 juta penonton menjadi saksi Da’i Hamidah dinobatkan menjadi juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga. Hanya dengan menjadi dirinya sendiri, Da’i Hamidah kembali mencuri perhatian para juri di pentas akhir Da’i Ahad lalu. Mengungguli dengan pungutan markah keseluruhan sebanyak 85.9%, Da’i Hamidah telah diangkat sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 tajaan TV3, saham PNB berjumlah RM5,000 pakej umrah tajaan Kembara Umrah Travel & Tours, Kembara Ilmu ke Istanbul & Ho Chi Minh, komputer peribadi tajaan Serai Mas dan juga pengalaman bekerja bersama Media Prima Berhad. Da’i Hamidah juga bakal menjadi kolumnis selama 6 bulan dalam Majalah-i, mendapat langganan percuma selama setahun dan menerima sebuah Al-Quran Amazing sumbangan daripada Majalah-i. Da’i Hamidah turut membolot hadiah Da’i Pilihan D’Herbs yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Aliff Syukri, Pengarah Urusan D’Herbs Holding Sdn. Bhd selaku penaja utama bagi musim ini. Read more →
Tag: tv3
(SUKAN) ‘KICKOFF’ BOLA SEPAK KINI DENGAN GAYA SANTAI
Dunia bola sepak di Malaysia bakal berubah bermula bulan Ogos ini. Sebuah rancangan bual bicara yang dinamakan Kaki Bola, memaparkan segalanya daripada perbincangan mengulas sedutan-sedutan menarik dari perlawanan-perlawanan yang terbaru hingga temu bual bersama tetamu jemputan yang turut membincangkan perihal bola sepak akan diperkenalkan kepada penyokong setia TV9. Rancangan penghidup semangat bola sepak ini bakal keudara setiap hari Jumaat, pada jam 10.30 malam di TV9 bermula Jumaat, 7 Ogos ini. Read more →
(SEMASA) TV3, AIR ASIA DAN ALTEL TUNAI HASRAT UNGKU ISMAIL AZIZ MENERUSI KEMPEN TRAVELLING BERUANG
Dari sebuah telemovie ke sebuah kempen besar dan bermakna… itulah permulaan kepada kempen Travelling Beruang anjuran TV3. Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Akasia: Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail Aziz yang pada mulanya ditawarkan memegang watak seorang ayah yang ingin menunaikan seorang impian kanak-kanak kanser dalam sebuah telefilem TV3. Namun kini ianya bukan sekadar telefilem tetapi bakal mengukir siri perjalanan penuh inspirasi. Read more →
(HIBURAN) AJL29 RAIH LEBIH 6 JUTA PENONTON!
Lebih 15,000 peminat muzik tanah air telah membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menyaksikan Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) yang disiarkan secara langsung selama tiga jam dari 9.00 malam pada 18 Januari 2015, Ahad yang lalu. Read more →





