Tag: tv3

(SEMASA) PENGAKUAN BANDUAN DI SEGMEN ‘MESEJ DARI PENJARA’ – KERJASAMA TV3 DAN JABATAN PENJARA MALAYSIA PECAH TRADISI SEJARAH PENYIARAN TV MALAYSIA

WHI - Mesei Dari Penjara

Wanita Hari Ini (WHI) merupakan program bual bicara yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang mengkhususkan topik-topik kaum hawa yang merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan, keinsafan dan fesyen. Dikendalikan oleh barisan pengacara seperti Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida Sarip, Irin Putri Azmi dan Nabihah Rosdi, WHI terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita di negara ini selepas 13 tahun program ini disiarkan. Read more →

(HIBURAN) KISAH IKTIBAR DARI ‘KIFARAH’

Kifarah 1

Kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras hendaklah melakukan suruhanNya dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta meninggalkan segala laranganNya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan manusia sama ada besar ataupun kecil akan dicatat dan tetap mendapat balasan daripada Allah SWT. Itulah mesej yang diselitkan di dalam drama siri terbaru ‘KIFARAH’ menerusi slot Zehra yang akan menggantikan drama ‘Menjinak Ombak’. Read more →

(SUKAN) CABARAN QPR, SPURS & CARDIFF MENANTI SOCCER KIDS 6

Soccer Kids 6

Soccer Kids, sebuah program realiti mencari bakat pemain bola sepak telah memasuki musim ke-6! Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, Soccer Kids telah melahirkan pemain-pemain berpotensi seperti Daniel Amier, Asnan Awal Hisham, Solehin Mohd Nasir dan Hazrull Hafiz Zulkifli. Musim baharu ini pasukan Soccer Kids dilatih oleh Somasundram Periasamy, dibantu oleh Gunalan A/L Karupiah dan jurulatih penjaga gol, Hazahan Mohamed Hanaffi. Read more →

(HIBURAN) Sesi Uji Bakat Terakhir Bintang Mencari Bintang Di Kuala Lumpur Meriah

BMB (3)

Jenama program Bintang Mencari Bintang sudah meluncur laju tanpa memerlukan faktor penolak yang kuat. Tanpa disangka-sangka program realiti untuk mencari generasi pelapis penghibur yang berkebolehan dalam kedua-dua bidang iaitu sketsa komedi dan nyanyian ini mencetuskan fenomena global. Read more →

(HIBURAN) Sesi Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)

DEX_5772

TV3 dan TV9 mempersembahkan festival drama yang pertama dan terbesar di Malaysia iaitu Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Bertujuan untuk memartabatkan industri drama tanah air dan menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, penulis skrip, komposer dan pelakon dari amatur hinggalah ke profesional. Selain itu, DFKL menjadi platform untuk mencari pelapis-pelapis baharu yang bakal memacu masa depan industri drama tanah air. Read more →