Tag: tv3

(HIBURAN) Vokal Bukan Sekadar Rupa – Minggu 2

 Shah Alam, 31 Oktober 2012 –  Vokal Jadi Taruhan!  Pada konsert VOKAL minggu pertama yang lalu, memperlihatkan dua peserta dari Kuala Lumpur iaitu Farah Nadeera Zaini, 19 tahun dan Nasuha Azhari, 20 tahun mempamerkan persembahan bertenaga seterusnya berjaya memikat perhatian juri profesional untuk melayakkan diri mereka ke pusingan seterusnya. Namun untuk minggu ini, mampukah peserta minggu kedua mengejutkan penonton dengan menandingi kehebatan persembahan peserta minggu lalu? Read more →

(HIBURAN) Drama Baru Akasia, ‘Cinta Itu Milikku’

 

Menyusuli drama “JULIA”, slot Akasia bakal menayangkan sebuah lagi siri drama dramatik, CINTA ITU MILIKKU lakonan hebat Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim dan ramai lagi mulai 12 November 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam. Read more →

(HIBURAN) SARINGAN SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK BERMULA!

Bersiaran Setiap Malam Ahad Mulai 11 November 2012

Petaling Jaya, 29 Oktober 2012 – Muzik Muzik Separuh Akhir kini kembali dengan edisi ke-27 bagi meneruskan kesinambungannya dengan menampilkan 30 buah lagu untuk berentap menempa nama ke Anugerah Juara Lagu 27. Pastinya ramai yang tertanya-tanya dan tidak sabar untuk mengetahui penyanyi dan lagu manakah yang akan beraksi di atas pentas separuh akhir Muzik Muzik bermula November ini?

Pihak Galaksi Media Online (GMO) ingin berkongsi foto-foto menarik disekitar majlis cabutan undi untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 27 [LINK GAMBAR]

kredit gambar : FAP IMAGES

Read more →

(HIBURAN) Anugerah SKRIN 2012

 

Anugerah berprestij yang dinanti-nantikan saban tahun – Anugerah Skrin ke 14 (ASK14) kembali menghangatkan kalendar berakhirnya tahun 2012. Akan dilangsungkan di Dewan Merdeka, PWTC bertarikh 9 November 2012 ini, ASK kembali dengan tema yang cukup glam – “Selami Dunia Fantasi Kami’ (Fairy Tale). Justeru, pelancarannya yang berlangsung semalam menyaksikan persembahan antara realiti dan fantasi oleh para pelajar Aswara di bawah bimbingan Roseminah Tahir.  Sejak diperkenalkan kepada tahun 1994 ASK anjuran TV3 meneruskan usaha untuk menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dan karyawan tanah air. Read more →