MASIH ingatkah lagi anda kepada penyanyi dari Indonesia yang popular dengan single pertamanya, “Sayang” yang berjaya menjadi fenomena luar biasa sebelum ini? Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething yang berasal dari Jakarta, Indonesia ini mula mencipta namanya di persada muzik tanah air melalui single pertamanya “Sayang” yang dipetik dari album sulung ‘The First”. Album tersebut berada di pasaran tempatan pada 14 November 2012. Read more →
Tag: warner music
(HIBURAN) MELLY GOESLAW KEMBALI DENGAN ‘CINTA DAN IBADAH’
犀利士
tyle=”text-align: justify;”>
Siapa yang tidak mengenali komposer dan penyanyi yang terkenal dari negara seberang yang bernama Mellyana Goeslaw Hoed atau lebih akrab dengan panggilan Melly Goeslaw ini. Telah terbukti bahawa semua lagu duet beliau telah menjadi hit dan laris di pasaran Indonesia mahupun Malaysia. Antara hasil ilhamnya adalah ‘Ketika Cinta Bertasbih’, ’Ada Apa Dengan Cinta’, ‘Jika’, ‘Tentang Dia’ dan ‘Bukan Cinta Biasa’ yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Melly telah mencurahkan lebih daripada separuh umurnya untuk dunia seni, sehinggakan sudah tidak terkira berapa ratus lagu yang telah dicipta olehnya. Melly juga telah banyak menggondol anugerah didalam industri muzik diatas kegigihannya didalam membangunkan industri muzik nusantara. (more…)
(HIBURAN) “TEKA TEKI” Maya Karin Akhirnya Terjawab Sudah
Setelah lama menyepi didalam bidang nyanyian, pada Jun 2013, Maya telah hadir dengan lagu ‘Bintang Syurga’ yang muncul sebagai hadiah kepada peminat setia beliau yang merindukan alunan suaranya. Dan kalau sebelum ini lagu ‘Bintang Syurga’ telah didendangkan sendiri oleh Maya di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker, kini, Maya Karin tampil pula dengan album terbaru yang bertajuk ‘Teka-Teki’. Album ‘Teka-Teki’ ini memuatkan sebanyak 7 buah lagu seperti ‘Bintang Syurga’, ‘ Logika’, ‘Tersenyum’, ‘Teka-Teki’, ‘Titi Rahsia’, Selamat Tinggal Cinta’ dan juga ‘Hanya Sebentar’. Read more →
(HIBURAN) Persembahan Ratu Cinta Oleh Krisdayanti
Diva tersohor dari negara seberang, KRISDAYANTI telah melancarkan album kompilasi terbaru beliau dan juga video muzik untuk lagu “Bertubi-Tubi” hasil ciptaan komposer terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslaw. Album ini merupakan batu loncatan buat ibu beranak empat ini untuk kembali ke persada muzik nusantara. Read more →




