Tag: Women Talk

(SEMASA) SITI SALEHA MELENGKAPKAN TRIO PEMERKASAAN WANITA DALAM ‘WOMEN TALK’

Petaling Jaya, 12 Mei 2022 – Program bual bicara WOMEN TALK yang menampilkan pengacara utama Deborah Henry dan pengacara bersama, Zoraya Vadillo telah mula bersiaran di TV3 dan www.tonton.com.my pada 2 April lalu. Siti Saleha bakal melengkapkan program ini sebagai pengacara bersama, dengan penampilannya bermula 14 Mei. Pengacara dan pelakon yang menerima pelbagai anugerah bagi drama terkenal 7 Hari Mencintaiku ini akan berkongsi pandangan dan berbincang dengan lebih lanjut tentang isu-isu yang menjadi fokus utama dalam kalangan wanita. Read more →

(SEMASA) KUPASAN TOPIK TENTANG WANITA BERSAMA  DEBORAH HENRY & ZORAYA VADILLO, SETIAP SABTU, 5.00 PETANG 

Petaling Jaya, 31 Mac 2022 – Terbaharu di TV3, Women Talk, program bual bicara yang membincangkan topik dan isu – isu berkaitan dengan wanita bersama ikon dan tokoh dari pelbagai bidang akan mula bersiaran pada 2 April 2022, setiap hari Sabtu, pukul 5.00 petang dan strim live di www.tonton.com.my Read more →