(SUKAN) GOLF AMAL SELEBRITI KALI KE-5 PERKUKUH MISI KEBAJIKAN, SERU SOKONGAN KORPORAT BANTU ARTIS MEMERLUKAN

Spread the love

Persatuan Karyawan Malaysia meneruskan komitmen memperjuangkan kebajikan penggiat seni tempatan menerusi penganjuran Golf Amal Selebriti Kali Ke-5, yang akan berlangsung pada Ahad, 10 Mei 2026, bermula jam 12.00 tengah hari di Kota Seriemas Golf & Country Club, diikuti Makan Malam Gala dan Penyampaian Hadiah.

Penganjuran edisi kelima ini, dengan sokongan FINAS, membawa misi mengumpul dana kebajikan bagi membantu artis-artis serta penggiat filem di bawah PROFIMA, di samping memperkukuh sinergi antara industri seni, sektor korporat dan masyarakat menerusi sebuah platform berimpak tinggi berteraskan tanggungjawab sosial.

Menurut Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada Hans Isaac selaku Pengerusi FINAS serta Azmir Saifuddin Mutalib atas sokongan dan komitmen mereka, termasuk penyertaan secara langsung dalam acara ini.

Program ini merupakan kesinambungan kejayaan penganjuran terdahulu di Templer Park Country Club, Staffield Country Resort, Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia dan Kota Seriemas Golf & Country Club, sekali gus membuktikan kesinambungan acara ini sebagai inisiatif kebajikan yang terus mendapat sokongan pelbagai pihak.

Sehubungan itu, pihak penganjur menyeru syarikat korporat, GLC, institusi kewangan serta rakan strategik tampil menyokong melalui kategori penajaan berikut:

Gold Sponsor — RM10,000
(8 pemain / 2 flight percuma)

Silver Sponsor — RM5,000
(4 pemain / 1 flight percuma)

Hole Sponsor — RM1,000
(2 pemain percuma)

Semua penaja akan menerima liputan promosi menyeluruh menerusi kempen media, bahan publisiti rasmi, pengiktirafan semasa sidang media termasuk sesi penyerahan mock cheque, serta penjenamaan semasa hari kejohanan berlangsung.

Selain penajaan korporat, penyertaan individu turut dibuka kepada pemain golf dan penyokong yang ingin bersama menyumbang kepada usaha kebajikan ini.

Golf Amal Selebriti bukan sekadar sebuah kejohanan golf, tetapi sebuah platform kebajikan yang menyatukan industri, korporat dan masyarakat demi membantu artis-artis serta pekerja filem yang memerlukan. Sokongan korporat yang diberikan bukan sekadar menaja sebuah acara, malah menjadi sumbangan bermakna kepada kebajikan penggiat seni yang telah banyak berjasa kepada landskap seni dan budaya negara.

Sumbangan penajaan boleh disalurkan ke akaun:

Persatuan Karyawan Malaysia
Public Bank: 3108024130

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila hubungi Dato’ Freddie Fernandez di 012-2071400, emel fredez2009@gmail.com atau layari karyawan.my

“Ayuh semua kaki golf, bersama beraksi sambil berbakti.”


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *