BILOXI, MISSISSIPPI (October 21, 2026) – BKB Bare Knuckle Boxing and Bally’s Corporation have today unveiled the next chapter of their collaboration, Bally’s Fightnight by BKB, one of the most innovative 360 partnerships in sports. The franchise unites the incredible action of bare knuckle boxing with Bally’s gaming and hospitality venues, its proprietary ForceIQTM punch sensor technology and its media distribution to change how combat sports are watched, played and monetized. Every event is staged at a Bally’s location, every punch is measured by Bally’s-built technology and every number is delivered across Bally’s platforms and EstrellaTV FAST channels, an ecosystem only a company with Bally’s reach across venues, gaming and media can deliver. Built on results that have both Bally’s and BKB Bare Knuckle Boxing, the world’s largest professional bare knuckle boxing organization, delighted with the partnership so far, the next event is a deepening of the relationship: an exciting fight card returning to Hard Rock Hotel & Casino Biloxi on Friday, October 23.
Soo Kim, Chairman of Bally’s Corporation, said: “Bally’s has always been about creating experiences you can’t get anywhere else. We own the venue, we built the technology and we control the distribution. That’s a 360 partnership few companies in this space can offer, and we’re excited to keep building on it.”
David Tetreault, CEO of BKB Bare Knuckle Boxing, said: “Four years ago Soo Kim and I set out to build the most data-backed combat sport on earth. The results with Bally’s have been incredible, and this next event takes the partnership to another level. Bare knuckle gives us the cleanest data in combat sports, and Bally’s gives us the venues, technology and platform to make it entertaining and interactive. This is a completely new way to experience a fight.”
Jon Lin, SVP and GM of Bally’s Media, said: “Fans in the arena and fans at home see the exact same live data feed, and that changes how people engage with a fight. ForceIQTM gives viewers a second screen built into the action, from punch speed to G-force readings, without changing the fight itself. Fans can tune in and see the new way to consume combat.”
Built by Bally’s and embedded directly into fighters’ hand wraps, ForceIQTM captures punch speed, retraction speed, punch type and G-force, a new way to measure and compare impact intensity that shows who is delivering the biggest G-force readings of the night. The data streams in real time to arena displays and the broadcast, powering live leaderboards, heat maps, punch-type breakdowns, fighter power rankings, predictive insights and fantasy-style scoring. ForceIQTM does not change the fight or how it is scored. It adds a data layer over the action, a second screen built into the fight itself.
The model is fully integrated. Hard Rock Hotel & Casino Biloxi is owned and operated by a subsidiary of Bally’s Corporation, putting a live, high-energy entertainment product on the property. ForceIQTM, proprietary to Bally’s, drives the same live data feed in the venue and on every screen, and fans can follow every number as it happens on Bally Sports Live and EstrellaTV FAST channels.
The card delivers the action to match. The headliner sees former BKB Lightweight World Champion Jarod “Kid Gatti” Grant (8-3, 6 KOs) take on Luis “Pantera” Guerrero (1-1, 1 KO), who steps in for Bekhzod “The Lion” Usmonov, and has everything to gain against a hungry former champion.
In the co-main event, reigning BKB Light Heavyweight World Champion Cub “The Savage” Hawkins (10-1, 9 KOs) drops down to middleweight to face undefeated Rowdy Montgomery (2-0, 1 KO), while former BKB Heavyweight World Champion “Hurricane” Ike Villanueva (5-3, 4 KOs) meets Cody “Bullet Train” East (2-1, 2 KOs) in a collision of two former UFC veterans. Biloxi’s own former BKB Lightweight World Champion Monica “Phenomamom” Medina (3-4, 2 KOs) returns home to face Claudia “Phoenix” Zamora (1-0, 1 KO), Louisiana’s Brandon “The Shredder” Shavers (5-1, 5 KOs) takes on German “The Butcher” Ramos (1-0, 1 KO), and Tunica’s Jeff Denton (2-0, 2 KOs) meets Cody “Jenks” Jenkins (2-6, 2 KOs). With highly anticipated matchups, explosive action from the opening bell and real-time data tracking every punch, the event is set to deliver an unforgettable night and an electric atmosphere.
The next event with this partnership will be on Friday, November 20 at Bally’s Dover Casino Resort in Dover, Delaware, headlined by former WBO junior welterweight title challenger “Hammerin'” Hank Lundy, who makes his bare knuckle debut against fellow bare knuckle debutant Jairo “Almighty” Santos.
Tickets for Bally’s Fightnight by BKB Biloxi are on sale now at https://bkbtickets.com/biloxi. Below is the updated full fight card.
Bally’s Fightnight by BKB Biloxi Main Card
Hard Rock Hotel & Casino Biloxi
October 23 | 8PM ET | 7PM CT
Bally Sports Live | EstrellaTV FAST channels
Super Lightweight Main Event: Jarod Grant vs. Pantera Guerrero
Middleweight Co-Main Event: Cub Hawkins vs. Rowdy Montgomery
Light Heavyweight: Brandon Shavers vs. German Ramos
Lightweight: Monica Medina vs. Claudia Zamora
Super Welterweight: Jeff Denton vs. Cody Jenkins
Bridgerweight: Ike Villanueva vs. Cody East
Cruiserweight: Dillon Winemiller vs. Terrell Glynn
Light Heavyweight: Doug Freeman vs. Adam Nash
Welterweight: Aquasha Rapley vs. Miranda Barber
Bridgerweight: Devin Wallace vs. Jerry Dutchover
———————————————————————————————————————————————————————-
BALLY’S PERKUKUH KERJASAMA DENGAN BKB, SATUKAN VENUE SUKAN DAN HIBURAN, TEKNOLOGI PEMANTAUAN PUKULAN SERTA PENYIARAN MEDIA DALAM BALLY’S FIGHTNIGHT BY BKB
Visi Pengerusi Eksekutif Bally’s Corporation, Soo Kim, untuk membangunkan model bersepadu 360 darjah bakal direalisasikan menerusi Bally’s Fightnight by BKB pada Jumaat ini.
Susulan kejayaan yang memberangsangkan bagi kedua-dua pihak, Hard Rock Hotel & Casino Biloxi sekali lagi menggabungkan lokasi acara, teknologi sensor pukulan ForceIQ™ dan penyiaran di bawah satu bumbung menerusi barisan pertarungan menarik pada Jumaat, 23 Oktober.
Peminat boleh mengikuti aksi menerusi Bally Sports Live dan saluran FAST EstrellaTV untuk menikmati pengalaman baharu dalam sukan tempur.
BILOXI, MISSISSIPPI, 21 Oktober 2026 – BKB Bare Knuckle Boxing dan Bally’s Corporation hari ini mengumumkan perkembangan terbaharu dalam kerjasama mereka menerusi Bally’s Fightnight by BKB, sebuah model kerjasama bersepadu 360 darjah yang dianggap antara paling inovatif dalam dunia sukan.
Kerjasama ini menggabungkan aksi mendebarkan tinju tanpa sarung tangan dengan venue hiburan dan perjudian Bally’s, teknologi sensor pukulan ForceIQ™ milik syarikat itu serta rangkaian pengedaran medianya. Pendekatan tersebut bertujuan mengubah cara sukan tempur ditonton, dinikmati secara interaktif dan dikomersialkan.
Setiap acara dianjurkan di lokasi milik Bally’s, setiap pukulan diukur menggunakan teknologi yang dibangunkan syarikat itu, manakala data berkaitan disalurkan menerusi platform Bally’s dan saluran FAST EstrellaTV. Ekosistem bersepadu ini memanfaatkan rangkaian Bally’s dalam bidang venue, perjudian dan media untuk menawarkan pengalaman yang sukar ditandingi oleh syarikat lain.
Dibina berasaskan hasil kerjasama yang memberangsangkan setakat ini antara Bally’s dengan BKB Bare Knuckle Boxing, organisasi tinju profesional tanpa sarung tangan terbesar di dunia, acara seterusnya bakal memperkukuh hubungan kedua-dua pihak. Acara itu akan berlangsung di Hard Rock Hotel & Casino Biloxi pada Jumaat, 23 Oktober, dengan barisan pertarungan yang dinanti-nantikan peminat.
Pengerusi Bally’s Corporation, Soo Kim, berkata syarikat itu sentiasa berusaha mencipta pengalaman hiburan yang unik melalui gabungan venue, teknologi dan pengedaran kandungan.
“Bally’s sentiasa berusaha menawarkan pengalaman yang tidak dapat diperoleh di tempat lain. Kami memiliki venue, membangunkan teknologi sendiri dan mengawal pengedaran kandungan. Model kerjasama 360 darjah seperti ini hanya mampu ditawarkan oleh segelintir syarikat dalam industri ini, dan kami teruja untuk terus mengembangkannya,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif BKB Bare Knuckle Boxing, David Tetreault, berkata beliau dan Soo Kim memulakan usaha membangunkan sukan tempur yang paling berasaskan data di dunia kira-kira empat tahun lalu.
“Keputusan yang dicapai bersama Bally’s amat memberangsangkan, dan acara seterusnya akan membawa kerjasama ini ke tahap yang lebih tinggi. Tinju tanpa sarung tangan membolehkan kami memperoleh data yang lebih jelas dalam sukan tempur, manakala Bally’s menyediakan venue, teknologi dan platform untuk menjadikan pengalaman itu lebih menghiburkan serta interaktif.
“Ini merupakan cara yang benar-benar baharu untuk menikmati sesebuah pertarungan,” katanya.
Naib Presiden Kanan merangkap Pengurus Besar Bally’s Media, Jon Lin, pula berkata peminat yang menyaksikan pertarungan secara langsung di arena dan mereka yang menonton dari rumah akan menerima paparan data langsung yang sama.
“Peminat di arena dan di rumah dapat melihat suapan data langsung yang sama, sekali gus mengubah cara mereka berinteraksi dengan sesuatu pertarungan. ForceIQ™ menyediakan lapisan maklumat tambahan yang membolehkan penonton mengikuti kelajuan pukulan dan bacaan daya graviti G tanpa mengubah perjalanan pertarungan itu sendiri.
“Peminat boleh mengikuti acara ini dan menikmati pendekatan baharu dalam sukan tempur,” katanya.
Dibangunkan oleh Bally’s dan dipasang terus pada balutan tangan petinju, ForceIQ™ merekodkan kelajuan pukulan, kelajuan penarikan semula tangan, jenis pukulan serta daya G. Teknologi ini memperkenalkan kaedah baharu untuk mengukur dan membandingkan kekuatan impak, termasuk mengenal pasti petinju yang menghasilkan bacaan daya G tertinggi pada malam pertarungan.
Data tersebut disalurkan secara langsung ke paparan di arena dan siaran, sekali gus membolehkan penyediaan papan kedudukan langsung, peta haba, pecahan mengikut jenis pukulan, kedudukan kuasa petinju, analisis ramalan serta pemarkahan berkonsepkan fantasi sukan.
Bagaimanapun, ForceIQ™ tidak mengubah perjalanan pertarungan atau kaedah pemarkahannya. Sebaliknya, teknologi ini menambah lapisan data kepada aksi sebenar, memberikan penonton maklumat tambahan yang boleh diikuti sepanjang pertarungan berlangsung.
Model kerjasama ini mengintegrasikan semua elemen di bawah satu ekosistem. Hard Rock Hotel & Casino Biloxi dimiliki dan dikendalikan oleh anak syarikat Bally’s Corporation, sekali gus menyediakan lokasi bagi acara hiburan langsung berintensiti tinggi. Teknologi proprietari ForceIQ™ pula menyalurkan data langsung yang sama kepada paparan di venue dan skrin penonton, manakala peminat boleh mengikuti perkembangan setiap bacaan melalui Bally Sports Live dan saluran FAST EstrellaTV.
Barisan pertarungan yang disediakan turut menjanjikan aksi menarik. Pertarungan utama menyaksikan bekas Juara Dunia Lightweight BKB, Jarod “Kid Gatti” Grant (8-3, 6 KO), berdepan Luis “Pantera” Guerrero (1-1, 1 KO), yang menggantikan Bekhzod “The Lion” Usmonov. Guerrero berpeluang membuktikan kemampuan apabila berdepan bekas juara yang berpengalaman.
Dalam pertarungan utama bersama (co-main event), Juara Dunia Light Heavyweight BKB, Cub “The Savage” Hawkins (10-1, 9 KO), akan turun ke kategori middleweight untuk menentang petinju tanpa kalah, Rowdy Montgomery (2-0, 1 KO).
Sementara itu, bekas Juara Dunia Heavyweight BKB, “Hurricane” Ike Villanueva (5-3, 4 KO), akan berdepan Cody “Bullet Train” East (2-1, 2 KO) dalam pertembungan dua bekas petarung UFC.
Bekas Juara Dunia Lightweight BKB dari Biloxi, Monica “Phenomamom” Medina (3-4, 2 KO), pula kembali beraksi di tempat sendiri untuk menentang Claudia “Phoenix” Zamora (1-0, 1 KO). Petinju dari Louisiana, Brandon “The Shredder” Shavers (5-1, 5 KO), akan menguji kemampuan German “The Butcher” Ramos (1-0, 1 KO), manakala Jeff Denton (2-0, 2 KO) dari Tunica bakal bertemu Cody “Jenks” Jenkins (2-6, 2 KO).
Selain pertarungan utama tersebut, acara ini turut menampilkan beberapa perlawanan lain yang dijangka memberikan saingan sengit. Gabungan pertembungan menarik, aksi agresif sejak loceng pertama dan teknologi penjejakan data masa nyata bagi setiap pukulan dijangka mewujudkan suasana yang mengujakan buat penonton.
Acara seterusnya di bawah kerjasama ini dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 20 November, di Bally’s Dover Casino Resort, Dover, Delaware. Pertarungan utama bakal menampilkan bekas pencabar gelaran junior welterweight WBO, “Hammerin’” Hank Lundy, yang akan membuat penampilan sulung dalam tinju tanpa sarung tangan menentang Jairo “Almighty” Santos, yang turut membuat penampilan sulung dalam disiplin tersebut.
Tiket bagi acara Bally’s Fightnight by BKB Biloxi kini boleh dibeli menerusi laman web rasmi di https://bkbtickets.com/biloxi.
Maklumat acara dan senarai pertarungan
Bally’s Fightnight by BKB Biloxi
• Lokasi: Hard Rock Hotel & Casino Biloxi
• Tarikh: 23 Oktober 2026
• Masa: 8 malam Waktu Timur Amerika Syarikat (ET) / 7 malam Waktu Tengah (CT)
• Siaran: Bally Sports Live dan saluran FAST EstrellaTV
Senarai pertarungan utama:
1. Super Lightweight: Jarod Grant lwn. Pantera Guerrero
2. Middleweight: Cub Hawkins lwn. Rowdy Montgomery
3. Light Heavyweight: Brandon Shavers lwn. German Ramos
4. Lightweight: Monica Medina lwn. Claudia Zamora
5. Super Welterweight: Jeff Denton lwn. Cody Jenkins
6. Bridgerweight: Ike Villanueva lwn. Cody East
7. Cruiserweight: Dillon Winemiller lwn. Terrell Glynn
8. Light Heavyweight: Doug Freeman lwn. Adam Nash
9. Welterweight: Aquasha Rapley lwn. Miranda Barber
10. Bridgerweight: Devin Wallace lwn. Jerry Dutchover
