- Emirates named World’s Best Airline in TIME and Statista’s inaugural World’s Best Airlines 2027 ranking, also securing first place in Best Value and Business Travel categories.
- 108 aircraft retrofitted under Emirates’ US$7 billion cabin retrofit programme, with Premium Economy set to serve close to 100 destinations by December 2026.
- Starlink Wi-Fi now available on 74 aircraft, offering complimentary high-speed connectivity across all cabin classes.
- Emirates continues to elevate its passenger experience through industry-first comfort innovations, award-winning onboard entertainment, elevated dining and family-friendly services.
DUBAI, UAE, 20 November 2026: Emirates has been ranked the World’s Best Airline in TIME and Statista’s inaugural World’s Best Airlines 2027 list, which recognises airlines around the world that excel in customer service and operational performance. The airline also took first place in the Best Value and Business Travel categories, alongside high recognition in several other categories.
Sir Tim Clark, President, Emirates Airline, said: “Undeterred by the challenges of this year, we continue to invest in product and service across almost every touchpoint. We will maintain that focus because, as this top ranking in TIME shows, customers notice when an airline gets the fundamentals right. A big credit goes to our people who bring the Emirates experience to life in the air and on the ground. Their professionalism and commitment are what our customers experience every day. In our business, there’s no finish line, and we’re already working towards an even stronger 2027 and beyond, so you can expect more from Emirates.”
According to TIME, Emirates’ rankings reflect its reputation for some of the industry’s most luxurious flying, its expanding Premium Economy offering and Dubai’s enduring appeal as a destination. Partnerships with tourism organisations across the Indian Ocean, Europe, Southeast Asia and the UAE also help attract more visitors across its network.
Niels Terfehr, Deputy CEO Statista R, said: “Emirates’ results this year stand out for their consistency. Topping the overall World’s Best Airlines ranking, while also leading the Best Value and Business Travel categories, reflects strong performance across both passenger experience and operational reliability – the two pillars our ranking is built on. It’s a result grounded entirely in direct feedback from travellers around the world, combined with independent flight-performance data.”
The ranking is based on a quantitative study run by Statista, a leading data and business intelligence provider, which surveyed passengers on every continent. Respondents rated their satisfaction with up to five airlines they had flown with in the past three years. They scored cabin comfort, service quality, entertainment and connectivity, food and beverage, value for money and family-friendliness. Statista then combined these ratings with each airline’s operational performance data to produce an overall score.
Emirates’ long-standing product and service investments ensure that every journey, in every cabin, delivers a memorable travel experience.
Recent highlights from the airline include:
- A US$ 7 billion cabin retrofit programme moving at pace: To date, 108 Emirates aircraft have been retrofitted, giving customers a more consistent experience across the fleet and bringing the airline’s latest products to more travellers, including the highly acclaimed Premium Economy. By December 2026, Emirates Premium Economy will serve close to 100 destinations across its network.
- Industry-first comfort innovations: Emirates’ latest market-leading innovations include the world’s first electrically powered Premium Economy seat with a privacy divider, and the U-Dream headrest, a first of its kind in Economy Class. Over the next six months, the electrically powered Premium Economy Class seat with the privacy divider will be available on 11 Emirates aircraft and the new Economy Class Seat U-Dream headrest will be available on 29 Emirates aircraft.
- Ultra-fast connectivity: Starlink Wi-Fi, now on 74 Emirates aircraft, is complimentary for customers in all cabins to stream content, game, make calls, work, and browse social media throughout their journey on both seatback screens and personal devices simultaneously.
- Award-winning entertainment: ice, Emirates’ onboard on-demand entertainment system, offers over 6,500 channels of the latest movies, TV shows, music, games and podcasts, on demand and in over 40 languages.
- Elevated dining onboard: From regional specialities to global favourites, Emirates’ destination-inspired menus reflect the flavours of the places it flies to. At any given time, the airline offers over 1,570 daily menus across its network. Onboard menus change monthly, and recipes are continually reviewed and refined. In the last year, the airline has also introduced a new champagne and wine line-up across every cabin, alongside special and seasonal menus celebrating holidays, special observances as well as its sponsored sporting events.
- A family-first experience: On almost all routes and in every class, children are served tasty and nutritious kid’s meals. Families traveling with babies are offered organic baby food, milk formula, baby bottles are available on request and infant amenity kits are also provided. On ice, kids can choose from hundreds of entertainment options including Disney, Marvel Studios, Star Wars collections, or indulge in Harry Potter series, in addition to special kids cartoon channels and over 100 video games. Children of every age also get complimentary toys and giveaways, and Cabin crew can take an instant Polaroid set in a limited-edition photo frame as a keepsake. The airline has also run Travel Rehearsals supporting families of children with autism in more than 80 destinations.
- Built for business: Emirates continues to raise the standard for business travel, with the roll-out of refreshed Business Class cabins and the latest seats across its Boeing 777, Airbus A380 and A350 fleets. On the ground, customers can relax, work or dine in 42 lounges worldwide, including flagship lounges in Dubai, while complimentary chauffeur-drive in eligible markets makes every journey seamless from door to door. Together, these investments make Emirates a natural choice for business travellers.
———————————————————————————————————————————————————————-
EMIRATES DINOBATKAN SEBAGAI SYARIKAT PENERBANGAN TERBAIK DUNIA DALAM SENARAI SULUNG TIME BAGI 2027
Sorotan berita:
- Emirates dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia dalam senarai sulung World’s Best Airlines 2027 terbitan TIME dan Statista, selain menduduki tempat pertama bagi kategori Nilai Terbaik dan Perjalanan Perniagaan.
- Sebanyak 108 pesawat telah menjalani kerja naik taraf kabin menerusi program pengubahsuaian bernilai AS$7 bilion, manakala perkhidmatan Kelas Ekonomi Premium dijangka diperluaskan ke hampir 100 destinasi menjelang Disember 2026.
- Kemudahan Wi-Fi Starlink kini tersedia pada 74 pesawat, menawarkan sambungan internet berkelajuan tinggi secara percuma kepada penumpang bagi semua kelas kabin.
- Emirates terus meningkatkan pengalaman perjalanan penumpang menerusi inovasi keselesaan bertaraf industri, hiburan dalam penerbangan yang memenangi anugerah, sajian makanan premium serta perkhidmatan mesra keluarga.
DUBAI, UAE, 20 NOVEMBER 2026 – Emirates telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia dalam senarai sulung World’s Best Airlines 2027 terbitan TIME dan Statista, yang mengiktiraf syarikat penerbangan di seluruh dunia berdasarkan kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan dan prestasi operasi.
Syarikat penerbangan itu turut menduduki tempat pertama dalam kategori Nilai Terbaik (Best Value) dan Perjalanan Perniagaan (Business Travel), selain menerima pengiktirafan tinggi dalam beberapa kategori lain.
Presiden Emirates Airline, Sir Tim Clark berkata, “Walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tahun ini, kami tetap komited untuk meneruskan pelaburan dalam produk dan perkhidmatan pada hampir setiap aspek pengalaman perjalanan pelanggan.
“Kami akan terus mengekalkan fokus tersebut kerana, seperti yang dibuktikan menerusi kedudukan tertinggi dalam penarafan TIME ini, pelanggan menghargai syarikat penerbangan yang berjaya memenuhi keperluan asas perkhidmatan dengan baik.
“Pengiktirafan besar juga harus diberikan kepada warga kerja kami yang menghidupkan pengalaman Emirates, sama ada di udara mahupun di darat. Profesionalisme dan komitmen mereka merupakan perkara yang dirasai sendiri oleh pelanggan setiap hari.
“Dalam perniagaan kami, tiada istilah mencapai garisan penamat. Kami sudah pun berusaha ke arah pencapaian yang lebih cemerlang pada 2027 dan tahun-tahun seterusnya. Justeru, pelanggan boleh menjangkakan lebih banyak penambahbaikan daripada Emirates.”
Menurut TIME, kedudukan Emirates dalam penarafan tersebut mencerminkan reputasinya dalam menawarkan pengalaman penerbangan mewah bertaraf industri, peluasan perkhidmatan Kelas Ekonomi Premium serta daya tarikan Dubai yang terus menjadi destinasi pilihan pelancong.
Kerjasama dengan organisasi pelancongan di seluruh rantau Lautan Hindi, Eropah, Asia Tenggara dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut membantu menarik lebih ramai pengunjung ke destinasi dalam rangkaian penerbangannya.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Statista R, Niels Terfehr berkata, “Pencapaian Emirates pada tahun ini amat menonjol dari segi konsistensinya. Kejayaan menduduki tempat teratas dalam penarafan keseluruhan Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia, selain menerajui kategori Nilai Terbaik dan Perjalanan Perniagaan, mencerminkan prestasi kukuh dari aspek pengalaman penumpang serta kebolehpercayaan operasi, iaitu dua tonggak utama yang menjadi asas penarafan kami.
“Pencapaian ini berasaskan maklum balas langsung daripada pengembara di seluruh dunia, digabungkan dengan data prestasi penerbangan yang diperoleh secara bebas.”
Penarafan tersebut berdasarkan kajian kuantitatif yang dijalankan oleh Statista, penyedia data dan risikan perniagaan terkemuka, menerusi tinjauan terhadap penumpang di setiap benua.
Responden diminta menilai tahap kepuasan mereka terhadap sehingga lima syarikat penerbangan yang pernah digunakan dalam tempoh tiga tahun lalu.
Penilaian merangkumi keselesaan kabin, kualiti perkhidmatan, hiburan dan kemudahan sambungan internet, makanan dan minuman, nilai untuk wang serta kemudahan mesra keluarga.
Statista kemudiannya menggabungkan penilaian tersebut dengan data prestasi operasi setiap syarikat penerbangan bagi menghasilkan markah keseluruhan.
Pelaburan berterusan Emirates dalam aspek produk dan perkhidmatan memastikan setiap perjalanan, tanpa mengira kelas kabin, menawarkan pengalaman penerbangan yang selesa dan sukar dilupakan.
Antara pencapaian serta penambahbaikan terkini syarikat penerbangan itu termasuk:
Program Pengubahsuaian Kabin AS$7 Bilion Dipercepatkan
Sehingga kini, sebanyak 108 pesawat Emirates telah selesai menjalani kerja pengubahsuaian kabin menerusi program bernilai AS$7 bilion.
Inisiatif ini membolehkan pelanggan menikmati pengalaman perjalanan yang lebih seragam merentasi keseluruhan armada, selain memperluaskan akses kepada produk terbaharu syarikat penerbangan itu, termasuk perkhidmatan Kelas Ekonomi Premium yang mendapat sambutan menggalakkan.
Menjelang Disember 2026, perkhidmatan Kelas Ekonomi Premium Emirates dijangka tersedia ke hampir 100 destinasi dalam rangkaian penerbangannya.
Inovasi Keselesaan Bertaraf Industri
Antara inovasi terbaharu Emirates yang menerajui industri termasuk tempat duduk Kelas Ekonomi Premium pertama di dunia yang menggunakan sistem pelarasan elektrik serta dilengkapi panel pemisah privasi, selain penyandar kepala U-Dream yang pertama seumpamanya dalam Kelas Ekonomi.
Dalam tempoh enam bulan akan datang, tempat duduk Kelas Ekonomi Premium dengan sistem pelarasan elektrik dan panel pemisah privasi itu akan tersedia pada 11 pesawat Emirates, manakala tempat duduk Kelas Ekonomi terbaharu yang dilengkapi penyandar kepala U-Dream akan diperkenalkan pada 29 pesawat.
Sambungan Internet Berkelajuan Tinggi
Kemudahan Wi-Fi Starlink kini tersedia pada 74 pesawat Emirates dan ditawarkan secara percuma kepada penumpang bagi semua kelas kabin.
Kemudahan ini membolehkan penumpang menikmati penstriman kandungan, bermain permainan dalam talian, membuat panggilan, bekerja serta melayari media sosial sepanjang perjalanan.
Sambungan internet berkenaan boleh digunakan secara serentak menerusi skrin hiburan di belakang tempat duduk dan peranti peribadi penumpang.
Hiburan Dalam Penerbangan Bertaraf Anugerah
Sistem hiburan dalam penerbangan Emirates yang memenangi pelbagai anugerah, ice, menawarkan lebih 6,500 saluran kandungan atas permintaan yang merangkumi filem terbaharu, rancangan televisyen, muzik, permainan dan podcast.
Kesemua kandungan tersebut boleh dinikmati dalam lebih 40 bahasa bagi memenuhi pilihan penumpang dari seluruh dunia.
Pengalaman Sajian Makanan Lebih Eksklusif
Daripada hidangan istimewa serantau hingga kegemaran antarabangsa, menu Emirates yang diinspirasikan oleh destinasi penerbangannya menampilkan pelbagai cita rasa dari seluruh dunia.
Pada satu-satu masa, syarikat penerbangan itu menawarkan lebih 1,570 menu harian di seluruh rangkaian penerbangannya.
Menu dalam penerbangan dikemas kini setiap bulan, manakala resipi sedia ada turut dinilai dan ditambah baik secara berterusan.
Sepanjang tahun lalu, Emirates turut memperkenalkan pilihan baharu champagne dan wain bagi setiap kelas kabin, selain menu istimewa dan bermusim sempena sambutan perayaan, acara khas serta kejohanan sukan yang ditaja oleh syarikat penerbangan berkenaan.
Pengalaman Mesra Keluarga
Hampir semua laluan penerbangan dan setiap kelas kabin Emirates menyediakan hidangan kanak-kanak yang lazat serta berkhasiat.
Bagi keluarga yang membawa bayi, Emirates turut menawarkan makanan bayi organik, susu formula dan botol susu bayi atas permintaan, selain kit kemudahan khas untuk bayi.
Menerusi sistem hiburan ice, kanak-kanak boleh memilih daripada ratusan pilihan kandungan hiburan termasuk koleksi Disney, Marvel Studios dan Star Wars, selain menikmati siri Harry Potter, saluran kartun khas kanak-kanak serta lebih 100 permainan video.
Kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur turut menerima permainan dan cenderamata secara percuma. Krew kabin juga boleh menyediakan gambar Polaroid secara langsung dalam bingkai foto edisi terhad untuk dijadikan kenangan perjalanan.
Selain itu, Emirates turut melaksanakan program Travel Rehearsals di lebih 80 destinasi bagi membantu keluarga yang mempunyai anak dengan autisme membuat persediaan sebelum menaiki penerbangan.
Kemudahan Perjalanan Perniagaan Bertaraf Premium
Emirates terus meningkatkan standard perjalanan perniagaan menerusi pengenalan kabin Kelas Perniagaan yang diperbaharui serta tempat duduk terbaharu pada armada pesawat Boeing 777, Airbus A380 dan A350.
Di lapangan terbang pula, penumpang boleh berehat, bekerja atau menikmati hidangan di 42 ruang istirahat (lounge) Emirates di seluruh dunia, termasuk ruang istirahat utama di Dubai.
Selain itu, perkhidmatan pengangkutan percuma menggunakan kenderaan dengan pemandu (chauffeur-drive) turut disediakan di pasaran terpilih yang layak, sekali gus memastikan perjalanan pelanggan lebih lancar dari lokasi permulaan hingga ke destinasi.
Keseluruhan pelaburan dan penambahbaikan ini terus mengukuhkan kedudukan Emirates sebagai antara pilihan utama dalam kalangan pengembara perniagaan di seluruh dunia.

