Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria yang inovatif dan dipercayai dengan perlindungan 24 jam, dengan kerjasama peruncit terkemuka Malaysia, Giant, telah berjaya mengutip RM23,749.78 untuk Yayasan IJN menerusi kempen amal ‘Satu Hati Bersama Antabax & Giant’.
Kempen yang berlangsung dari 1 Julai 2014 hingga 31 Ogos 2014 ini menyaksikan 5% daripada hasil jualan produk Antabax di semua 128 cawangan Giant di seluruh negara disalurkan kepada Yayasan IJN bagi menyokong Program Bantuan Pesakit yayasan tersebut.
Majlis penyerahan cek diadakan di IJN dan diterima oleh Yang Mulia Raja Datin Zuraida Raja Mansur, Pengerusi Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan IJN.
“Ini merupakan tahun keempat kerjasama antara Antabax dan Giant. Bagi kami, Yayasan IJN amat layak menerima bantuan kerana ia merupakan antara institusi utama yang menawarkan bantuan kewangan untuk kos pembedahan kepada pesakit yang kurang berkemampuan. Memandangkan yayasan bergantung hampir sepenuhnya kepada sokongan penderma untuk aktivitinya, kami gembira kempen ‘Satu Hati’ dapat memberi sedikit sumbangan kepada usaha mulia ini,” kata Encik Francis Ng, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.
“Giant sentiasa menyokong inisiatif kami, dan sinergi yang ditunjukkan telah menyumbang hampir RM100,000 kepada empat badan kebajikan iaitu Rumah Ilham, Rumah KIDS, Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) dan Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), yang telah kami pilih dengan teliti setiap tahun. Kami berharap sinergi dengan Giant ini akan berterusan untuk tahun-tahun mendatang,” tambah beliau.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung berada di tangga teratas senarai penyakit utama di Malaysia, disusuli penyakit mental, strok, kecederaan akibat kemalangan jalan raya dan kanser.
Cik Norine Erica Majaman, Pengurus Besar Pemasaran, GCH Retail (M) Sdn Bhd, berkata, “Penyakit jantung telah dikenal pasti sebagai pembunuh utama di negara ini, dan kos rawatannya bukan murah. Kami di Giant percaya sumbangan daripada semua pihak mampu membawa perubahan dan menyelamatkan nyawa. Dalam tempoh dua bulan sahaja, jumlah yang terkumpul menerusi kempen ‘Satu Hati’ mencerminkan kemurahan hati pelanggan Giant dan pengguna Antabax yang prihatin dan sensitif terhadap penderitaan pesakit jantung yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang mereka.”
Selepas tamat majlis penyampaian cek, para tetamu dan wakil media dibawa oleh Yayasan IJN melawat wad kanak-kanak dan beramah mesra dengan pesakit. Setiap pesakit kanak-kanak juga menerima set penjagaan diri Antabax.
Yayasan IJN mengumpul dana untuk membantu pesakit jantung dan juga penyokong utama kepada kajian berterusan yang dijalankan oleh pakar-pakar IJN. Pada 2013, yayasan telah membelanjakan RM3juta untuk Program Bantuan Pesakit untuk membantu dari segi kewangan kos pembedahan bagi 86 pesakit yang mana 43 adalah pesakit dewasa dan 43 lagi adalah pesakit kanak-kanak. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Antabax, Giant dan pelanggan mereka atas sumbangan yang diberikan bagi membantu pesakit jantung yang memerlukan bantuan bagi hidup yang lebih sempurna selepas rawatan. Dengan kemunculan penyakit jantung sebagai punca utama kematian di Malaysia, kewujudan dana bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa menjadi suatu keperluan,” kata Yang Mulia Raja Datin Zuraida Raja Mansur daripada Yayasan IJN.
Di antara tahun 2006 hingga 2013, Program Bantuan Pesakit yayasan telah menyediakan bantuan bernilai kira-kira RM19 juta kepada 797 pesakit jantung.
Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, layari www.facebook/NewAntabax.