SELANGOR, 9 JANUARI 2025 – VOGE Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama hebat bersama AS25 Racing Team yang diketuai oleh legenda lumba motosikal negara, Azlan Shah Kamaruzaman. Kerjasama ini akan menyaksikan jentera hebat Formica Rossa 150 (FR150) memulakan debutnya dalam Kejuaraan Malaysia CubPrix 2025 dan Kejuaraan Asia Road Racing Championship (ARRC). Read more →
Archive for: January 2025
(SUKAN) VOGE FR150 BERKOLABORASI DENGAN AS25 RACING TEAM UNTUK CUBPRIX & ARRC 2025
(SEMASA) SYM HUSKY 300 BAKAL MENDOMINASI PASARAN SKUTER MALAYSIA
SELANGOR, 9 JANUARI 2025 – SYM Malaysia dengan bangganya memperkenalkan SYM Husky 300, model skuter premium terbaru yang kini tersedia di pasaran dengan harga permulaan RM23,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Hadir dalam tiga warna elegan iaitu White, Space Grey dan Matte Black, model ini menawarkan gabungan reka bentuk moden, teknologi canggih dan ciri keselamatan terkini yang pasti menarik perhatian peminat motosikal. Read more →
(SEMASA) MORBIDELLI T1002VX MENEMPA NAMA DALAM PASARAN TRAIL MALAYSIA
SELANGOR, 9 JANUARI 2025 – Morbidelli, jenama motosikal unggul kini memperkenalkan model baharunya iaitu T1002VX di Malaysia melalui pengedarnya, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. Model ini telah dirasmikan bersempena dengan acara Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign 2024 di Changsha, China pada 24 November 2024. Read more →
(HIBURAN) Soloz: Game of Life – Kisah Benar Kejayaan: Inspirasi Mengejar Impian Dan Cita-cita Sentuhan Unik Syafiq Yusof Dalam Genre Berbeza
Penggemar filem dan peminat tegar permainan video mudah alih, khususnya Mobile Legends: Bang Bang, pasti teruja kerana Key Billions Sdn. Bhd. dengan sukacitanya menerbitkan filem yang dinanti-nantikan, Soloz: Game of Life, yang akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada 23 Januari 2025. Filem ini, yang diangkat daripada kisah benar perjalanan hidup seorang ikon Esukan tanah air, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, menawarkan sesuatu yang amat istimewa. Soloz bukan sekadar nama yang dikenali dalam arena E-sukan, beliau merupakan symbol keberanian dan ketabahan dalam mengejar impian. Dari seorang pemuda biasa dari Seremban, Negeri Sembilan, Soloz telah mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya mengukir nama sebagai pemain E-sukan profesional dalam dunia Mobile Legends: Bang Bang. Apa yang membuatkan Soloz: Game of Life berbeza daripada filem-filem lain adalah pendekatannya yang mengangkat tema E-sukan dengan begitu mendalam. Di bawah arahan Syafiq Yusof, seorang pengarah muda yang telah berjaya membina reputasi cemerlang dalam industri perfileman tanah air, filem ini menjanjikan pengalaman yang segar dan berbeza. Syafiq Yusof, dikenali dengan kebolehannya menarik hati penonton melalui naratif yang kuat dan visual yang mengagumkan, sekali lagi membuktikan kemahirannya dalam mengendalikan genre baharu ini. Menonton Soloz: Game of Life adalah seolah-olah menelusuri helaian kisah kehidupan seorang insan yang menjadikan minat sebagai kerjaya, mengolah cabaran menjadi peluang, dan impian menjadi kenyataan. Dengan elemen inspirasi dan dedikasi yang begitu kuat, filem ini dijangka bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi motivasi kepada penontonnya. Read more →
(SEMASA) ST G I L E S B O U L E V A R D H O T E L P R E S E N T S T H E S E L E R A B O N D A B U F F E T D I N N E R
Kuala Lumpur, Malaysia – Selera Bonda Buffet Dinner, @ the BOULEVARD, Mid Valley, Kuala Lumpur. Join us at Wildrice Restaurant, level 9, every day from 6:30PM to 10:00PM for a delicious feast that celebrates traditional flavors crafted by our talented Chef Radzi. Read more →
