(SUKAN) Larian kempen Diva Dash Malaysia 2016

Spread the love

diva dash

Kempen Diva Dash Malaysia 2016 ialah acara larian bebas anjuran Red Butterfly Solutions yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pencegahan dan pengawalan kanser. Acara sebegini turut dianjurkan oleh organisasi lain di seluruh dunia seperti SHAPE Diva Dash 2015 di Boston. Kempen Diva Dash Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya mencegah dan mengawal gejala kanser melalui pengamalan gaya hidup yang sihat.

Maklumat larian kempen Diva Dash Malaysia 2016  adalah seperti berikut:

Tarikh: 03 September 2016 (Sabtu)

Masa: 6.00 pagi

Tempat: Padang Merbok, Kuala Lumpur

 

Terdapat dua kategori bagi larian kempen Diva Dash Malaysia 2016  ini iaitu :

1)  Acara larian terbuka (12km) : untuk Lelaki & Wanita (16 tahun ke atas)

2) Acara larian bebas (6km) : Terbuka kepada semua peringkat umur

 

Untuk 1000 orang terawal yang mendaftar layak mendapat harga promosi yang ditawarkan dalam tempoh Early Bird.Tempoh pembelian early bird dibuka sehingga 30 Mac 2016 :

Harga Early Bird

12 km RM55 | 6 km RM40

 

Pendaftaran bagi acara larian bebas ini dibuka sehingga 1 Julai 2016. Bagi pendaftaran yang ke 1001 dan seterusnya, harga penyertaan adalah pada harga biasa iaitu :

Harga Normal

12 km RM65 | 6 km RM45

 

Bagaimana hendak mendaftar?

Sila ke laman rasmi di sini: http://run.tixtac.com/diva-dash-kl

 

Pihak penganjur menyediakan hadiah wang tunai bagi tempat pertama hingga kelima manakala hadiah hamper buat pemenang keenam hingga sepuluh.

T-shirt untuk lelaki oleh Ultron dengan tema I Run For My Diva!

 

T-shirt untuk perempuan oleh Ultron dengan tema Run Like A Diva!

T-shirt untuk Fun Run oleh Ultron dengan tema I Share The Fight!

 

 T-Shirt istimewa daripada Ultron dengan tema I Share The Fight! Yang tertulis Finisher di belakang T-shirt untuk 100 peserta pertama yang menamatkan larian.

medal

Peserta yang berjaya menamatkan larian sama ada 6km mahupun 12km, korang bakal menerima medal yang sangat unik yang direka oleh Elitkraf Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut berkaitan larian kempen Diva Dash Malaysia 2016  adalah seperti berikut :

Instagram : @divadashmy

Twitter : @DivaDashMY

Facebook : Diva Dash Malaysia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *