(SUKAN) ASICS BADMINTON CHAMPIONSHIP 2016 BERAKHIR DENGAN JAYANYA  

Spread the love

asics-badminton-championship-2016-grand-finals-officiated-by-youth-and-sports-minister-yb-encik-khairy-jamaluddin

MALAYSIA, 9 Oktober 2016 – Peminat-peminat badminton Malaysia dari semua lapisan masyarakat telah berhimpun di pusat membeli-belah Sunway Pyramid untuk menonton pusingan akhir ASICS Badminton Championship 2016 (ABC 2016) yang sangat mendebarkan. Untuk kali pertamanya, pusingan akhir ABC 2016 diadakan di arena badminton yang dibina khas di atas gelanggang luncur ais, memberi sebuah pengalaman yang unik buat para pemain dan penonton. Pemenang-pemenang telah dinobatkan setelah bertarung di dalam perlawanan separuh akhir menang kalah yang hebat selama dua hari, dari 7 hingga 8 Oktober dan perlawanan akhir pada 9 Oktober. ABC 2016 telah dianjurkan bersempena dengan ‘Hari Sukan Negara 2016’ Malaysia untuk menggalakkan kecemerlangan sukan di dalam kalangan lapisan masyarakat.

Kejohanan badminton tahunan ini dianjurkan untuk tahun yang kedua berturut-turut oleh ASICS, jenama prestasi sukan yang sebenar. Selepas pertandingan yang sengit, sejumlah 33 pemain berjaya melangkah ke peringkat akhir ASICS Badminton Championship 2016. Suasana mendebarkan setelah finalis-finalis menunjukkan kemahiran badminton mereka yang mantap terhadap satu sama lain dalam beberapa perlawanan yang penuh aksi.

Acara ini telah dirasmikan oleh YB. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan.

“Saya puas hati kerana Hari Sukan Negara 2016 telah berjaya menarik sokongan jenama sukan global, ASICS, dalam usaha untuk mentransformasikan Malaysia untuk menjadi sebuah negara sukan. Saya pasti acara tahunan ASICS Badminton Championship ini akan menyediakan platform yang berdaya saing untuk memupuk dan melatih bakat muda menjadi juara dunia dalam sukan badminton Malaysia pada masa hadapan,” kata Khairy Jamaluddin semasa majlis perasmian ASICS Badminton Championship Finals 2016.

“Kami amat berbesar hati kerana Kejohanan Badminton ASICS 2016 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat-peminat muda yang berbakat dalam acara sukan badminton Malaysia, segolongan besarnya diinspirasikan kejayaan luar biasa yang dicapai oleh pemain badminton kebangsaan Malaysia,” kata Yogesh Gandhi, Pengarah Urusan ASICS Asia PTE. LTD. “Kami sangat berbangga dengan semua pesaing-pesaing yang bermain sedaya upaya untuk kejohanan badminton tahun ini. Mereka berkongsi matlamat dan kesungguhan yang selaras dengan ‘mantera’ ASICS iaitu ‘Want It More’, kemahuan untuk sentiasa memperbaiki diri mereka.”

Kategori-Kategori

Pusingan akhir dimainkan di seluruh tujuh kategori, termasuklah: Lelaki Perseorangan Terbuka, Veteran Beregu umur minimum 45 tahun, Lelaki Beregu Terbuka, Lelaki Beregu U21, Lelaki Perseorangan U21, Wanita Perseorangan Terbuka dan Wanita Beregu Terbuka.

Senarai Pemenang

Lelaki Perseorangan Terbuka

Johan: Wong Kok Hong

Veteran Beregu umur minimum 45 tahun

Johan: Ng Inn Sin / Chua Ken Seng

Lelaki Beregu Terbuka

Johan: Ahmad Maziri / Amir

 

Lelaki Beregu U21

Johan: Puah Chen Hao / Sharul Shazwan

 

Lelaki Perseorangan U21

Johan: Shahrul Shazwan

 

Wanita Perseorangan Terbuka

Johan: Kong Yi Jin

 

Wanita Beregu Terbuka

Johan: Lim Payee / Lim Phet Zhoon

Untuk maklumat terkini mengenai maklumat acara, nantikan perkembangan lanjut atau sila layari:

Laman web: www.asicsbadmintonchampionship.com

Facebook: www.facebook.com/ASICSBadmintonChamp

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *