(SEMASA) Art of Speed Malaysia 2017, Kembali Dengan Lebih Baik!

Spread the love

SERDANG, 13 JULAI 2017 – Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai, galeri seni, aktiviti interaktif serta pertunjukan aksi.

Acara ini akan diadakan pada 29 – 30 Julai 2017 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), Art of Speed 2017 (AOS 2017) dibuka untuk lawatan dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 petang. Acara ini telah merekodkan lebih 40,000 pengunjung untuk dua hari.

Peminat kereta dan motosikal dapat bertemu dengan beberapa tetamu jemputan khas antarabangsa yang menarik termasuk Cole Foster dari Salinas Boys Custom Cars & Bikes USA, Jeff Holt dari Hot Bike Magazine USA, David “Chopperdave” Freston dari USA, Shige Suganuma & Wildman dari MOONEYES Jepun, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Jepun, Kaichiroh Kurosu dari Cherry’s Company Jepun, Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon dari Jepun, Makonabe dari Chopper Journal Magazine Jepun, Tetsu dari Hopping Shower Jepun, Sugihara Ken dari Fusty Works dari Jepun, Toshiyuki Osawa dari 4th Dimension dari Jepun, Shigeo dari 420 Kustom dari Jepun, Chicarockabilly Shima & Theresa Tay dari Cherry Bomb Singapura, Irvine Jasta & Fahmi Freeflow dari Indonesia, The Nash dari Burnout Magazine Jepun, dan kumpulan kolektif seni pinstripe dari Jepun; Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Cynar.

Acara kali ke-enam ini juga memperkenalkan pengisian terbaru iaitu AOS Invitational Bike Build Off 2017 yang dijayakan oleh Petronas menyaksikan 10 pembina buatan khas dari Malaysia dan Singapura bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & hadiah wang tunai RM5,000 (pilihan awam).

Keputusan menyeluruh pemilihan juri adalah Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory. Anak muda berusia 30 tahun dari Ipoh juga membawa pulang hadiah wang tunai Pilihan Awam dengan undi yang paling banyak mengalahkan 9 pembina khas yang lain.

Di samping  itu, acara ini juga menyaksikan kerjasama khusus jenama ikonik di Malaysia iaitu Boon Siew Honda dan Art of Speed. Gabungan kolaborasi Boon Siew X Art of Speed juga menjanjikan antara acara kemuncak utama, dimana empat ikon gaya hidup seperti Legend Racing Garage, BWB, District Shop Gallery dan Ah Ho Motors mempamerkan seni binaan khas ciptaan mereka.

HOUSE OF VANS Skateboard & aktiviti pertandingan BMX dan juga bengkel seni sangat menarik disertai oleh anak kecil dan remaja.

Pereka utama jenama Hot Wheels; Jun Imai dari Amerika Syarikat juga hadir ke acara AOS 2017.

Para pengunjung acara AOS 2017 dihiburkan oleh kumpulan kugiran Oh Chentaku pada hari Sabtu dan kumpulan kugiran Hujan pula akan menutup acara ini pada hari Ahad. Kehadiran selebriti tempatan seperti  Nora Danish dan Alif Satar memeriahkan juga acara ini.

Acara kemuncak AOS 2017 pastinya adalah aktiviti yang paling dinantikan iaitu cabutan bertuah. Tahun ini menyaksikan kelainan apabila kedua-dua hari acara menyediakan hadiah cabutan bertuah! Sebuah motosikal CMC XY400 akan diberikan pada hari Sabtu kepada Abdul Halim Mat dan sebuah motosikal binaan khas kustom lengkap Yamaha RX-Z dua enjin hasil karya FNG Works dan Beautiful Machines akan diberikan kepada Mohd fadly Mohd Zerain dari Perlis pada hari Ahad.

Mengekalkan tradisi acara AOS, penganjur sekali lagi membawa masuk kenderaan binaan khas dari Jepun. Pada tahun ini, pengunjung dijamukan dengan:

  1. HIDEYA TOGASHI dari HIDE MOTORCYCLES memperkenalkan 1975 HARLEY-DAVIDSON FL MODEL (JAPAN)
  2. GEN LOVE ART memperkenalkan 1981 IRONHEAD SPORTSTER (JAPAN)
  3. DAISUKE SAKON dari KUSTOMSTYLE memperkenalkan 1949 customised FORD “SHOEBOX

Menurut Asep Ahmad Iskandar, Pengasas Art of Speed Malaysia, “Edisi tahun ini pastinya pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua golongan umur pengunjung.”

“Ini termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, Kustom dan Koffee Talk, dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bergambar dengan ahli kostum Star Wars, acara Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur yang dihoskan oleh House of Vans.”

Aktiviti khas di Art of Speed 2017 adalah:

  • Art of Speed Invitational Bike Build-Off 2017
  • Cole Foster & kawan-kawan SHAPING & FABRICATION WORKSHOP
  • Drift Taxi
  • Pandu uji motorsikal
  • Roda Rumble 2017 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival
  • Food Park memperkenalkan Food Trucks & Pasar Vintage

Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang menyeronokan seperti:

  • Indoor International Show & Shine community show & competition
  • Car & Motorcycle Mega Club Gathering
  • International Art Gallery (MotoCircus)
  • Pin-Up ladies
  • Indoor & Outdoor Marketplace
  • SoapBox & GO!
  • Indoor Skatepark
  • Viewing Deck & Games
  • Die Cast Competition

Art of Speed 2017 juga menganjurkan Mega Club Gathering dan Roda Rumble yang dikelolakan oleh Retro Mania memberi nafas segar kepada semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool.

Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Senarai pemenang AOS2017:

  1. BEST OF MEGA CAR/BIKE CLUB GATHERING

KELFOLKS

  1. BEST OF MARKETPLACE

TRIUMPH MALAYSIA

  1. BEST OF MOTORCYCLE DISPLAY

Mohd Faiz Rushdi from Rachun MC

  1. BEST OF CAR DISPLAY

Abdul Wahab Bahari

 

AOS Invitational Bike Build Off

  1. Jury Award

Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – HONDA CX500 (Malaysia)

  1. Public Award

Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – HONDA CX500 (Malaysia)

 

Best Of Show Automobile

Najib Kamaruddin – 1982 Merc 190E EVO2 DTM Replica (Malaysia)

Best Of Show Motorcycle

            Nodie Cycles – 1972 Shovelhead Harley-Davidson (Malaysia)

 

International Invited Guest Pick

  1. Cole Foster – Salinas Boys Custom Cars & Bikes Pick

RWB Yamato Nadeshiko (America)

  1. Jeff Holt – Hot Bike Magazine Pick

Destreet Customs Harley (Singapore)

  1. David “Chopperdave” Freston Pick

Beautiful Machines – Dirty Fellow Ducati Scrambler (Malaysia)

  1. Kaichiroh Kurosu – Cherry’s Company Pick

Beautiful Machines – Kuro Suzuki GS550 (Malaysia)

  1. Yuichi Yoshizawa – Custom Works Zon Pick

Beautiful Machines – Mentadak Yamaha SR400 Supercharged (Malaysia)

  1. Makonabe – Chopper Journal Magazine Pick

Oneway Machine – Destreet Customs Harley (Singapore)

  1. Hideya Togashi – Hide Motorcycles Pick

Kenstomoto (Malaysia)

  1. Gen Love Art Pick

Beautiful Machines – Little Monster (Malaysia)

  1. Daisuke Sakon – Kustomstyle Pick

Elden – VW Air Rde Beetle (Malaysia)

  1. The Nash – Kustom Kulture Produktion Pick

Allan Netto – Volvo (Malaysia)

  1. Cheetah CC Pick

Ah Ho Motor – Honda MSX (Malaysia)

  1. Fusty Works Pick

Sirajuddin – Lowrider (Malaysia)

  1. Andrew Jones – Pipeburn Pick

Rusty Factory – Honda CX500 (Malaysia)

  1. Dino Dalle Carbonare – Speedhunters.com Pick

Najib Kamaruddin – Merc 190E EVO2 DTM Replica (Malaysia)

  1. Shige Suganuma – Mooneyes Pick

Beard Brothers Cycle Co. – Shovelhead (Singapore)

 

AOS2017 Show & Shine winners

Lowrider Category

  1. Best of 12”, 16” & 20” Wheel Lowrider

Rohaizad Zakaria (Malaysia)

  1. Best of 24”, 26” & Open Wheels Lowrider & Limousine

Mohd Royzilee Mustaffa (Malaysia)

 

OPTIONAL CATEGORY

  1. BEST PAINT

Rohaizad Zakaria (Malaysia)

  1. BEST FABRICATION

Rohaizad Zakaria (Malaysia)

 

Automobile Category

  1. BEST OF 60’s

Vijay (Malaysia)

  1. BEST OF 70’S (HIGHLIGHT)

Rajinder RM Restorations (Malaysia)

  1. BEST OF 80’S

Mohd Hafiz Ibrahim (Malaysia)

  1. BEST OF JDM PRE-1992

Mazlan Chong (Malaysia)

  1. BEST OF POST-1992 JDM

Adam (Malaysia)

  1. BEST OF CUSTOM RETRO PICK-UP

Backwheels Bitches (Malaysia)

  1. BEST OF RADIKAL (CLASSIC & MODERN)

Muhammad Izaaz Haziq Md Zaidi (Malaysia)

  1. BEST OF CUSTOM VW AIR-COOLED

Max Ranjit Singh (Malaysia)

  1. BEST OF RACE/DRAG CAR

Choo Kok Sing (Malaysia)

  1. BEST OF CUSTOM & RESTORED VW VAN

Muhammad Triumph (Malaysia)

  1. BEST OF RAT LOOK

Mujahid Che Hamid (Malaysia)

  1. BEST OF CUSTOM CONTINENTAL

Najib Kamaruddin (Malaysia)

  1. BEST OF KCAR

Azaman Hamat (Malaysia)

  1. BEST OF STANCE

Boey Wai Sun (Malaysia)

 

OPTIONAL CATEGORY

  1. BEST PAINT

Fairul Irwan (Malaysia)

  1. BEST INTERIOR

Rajinder RM Restorations (Malaysia)

  1. BEST ENGINE BAY

Alex Liew (Malaysia)

Motorcycle Category

  1. BEST OF OPEN CLASS

D-Street Customs (Singapore)

  1. BEST OF CHOPPER

Beard Brothers Cycle Co. (Singapore)

  1. BEST OF BOBBER

Nodie Azmil Abd Wahab – Nodie Cycle (Malaysia)

  1. BEST OF CAFÉ RACER

Beautiful Machine (Malaysia)

  1. BEST OF MODIFIED HARLEY-DAVIDSON INC. SPORTSTER, SOFTAIL & PRO STREET

Indracitra Ibrahim (Malaysia)

  1. BEST OF CUSTOM BAGGER

Kicap – KKMG (Malaysia)

  1. BEST OF JAP STYLE & TRACKER (HIGHLIGHT)

Muhd Izwan Jelani – D.I Motorsports (Malaysia)

  1. BEST OF RESTORED CLASSIC SCOOTER

Muhd Razlan Isman (Malaysia)

  1. BEST OF STREETCUB

Amirul Hakimi Ahmad (Malaysia)

  1. BEST OF RADICAL RUCKUS

Muhd Amirul – Royal Auto Grooming (Malaysia)

  1. BEST OF RESTORED RETRO JAPANESE

Sundares A/L Nadarajan (Malaysia)

  1. BEST OF RESTORED CLASSIC CONTINENTAL & AMERICAN

Meer Al-Rashid – Rachun MC (Malaysia)

  1. BEST OF CUSTOM STREET BIKE

Kenny Yeon Oon Siak – Kenstomoto (Malaysia)

 

OPTIONAL CATEGORY

  1. BEST PAINT

Rizal VSMG (Malaysia)

  1. BEST ENGINEERING

Beautiful Machine (Malaysia)

  1. BEST FABRICATION

Kenstomoto (Malaysia)

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *