Kuala Lumpur, 23 September 2017 — Sempena sambutan Bulan Jantung Sedunia, jenama susu terkemuka NESTLÉ® OMEGA PLUS® dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) telah melancarkan acara Walk-A-Mile ke-16 di Taman Tasik Perdana hari ini. Acara tahunan ini merupakan antara komitmen berterusan NESTLÉ untuk menyeru rakyat Malaysia agar lebih proaktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan jantung yang optimum.
Masalah kolesterol tinggi merupakan salah satu faktor penyumbang utama kepada penyakit jantung yang kini menjadi pembunuh No. 1 di Malaysia. Hakikatnya, kira-kira satu dalam setiap dua orang dewasa di Malaysia adalah penghidap kolesterol tinggi (sekitar 47.7 peratus). Lebih membimbangkan, 42 peratus daripadanya adalah golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah.
Malangnya, masih kurang kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang permasalahan ini . Peningkatan jumlah penghidap kolesterol tinggi ini berlaku akibat tabiat pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam dan gaya hidup sibuk yang sudah menjadi norma dalam kehidupan majoriti rakyat Malaysia.
Demi meningkatkan tahap kesedaran di kalangan orang ramai, NESTLÉ OMEGA PLUS telah mengorak langkah untuk mengubah sikap dan gaya hidup rakyat Malaysia menerusi kempen #StopTheCount.
Bagi mengurangkan peningkatan kes pesakit jantung, kempen ini menggesa rakyat Malaysia agar mengutamakan kesihatan masing-masing menerusi langkah-langkah penjagaan kesihatan jantung yang mudah.
“Kami komited dan nekad untuk mendorong semua rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan mengubah sikap dan tabiat lama demi kesihatan jantung dan tubuh dalam jangka panjang,” kata Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Produk Tenusu Nestlé (Malaysia) Berhad Ng Su Yen.
“Kita perlu lebih proaktif dengan mengamalkan gaya hidup aktif dan mempraktikkan tabiat pemakanan yang lebih sihat serta seimbang dan banyak bersenam demi kesihatan jantung paling optimum. Berjalan adalah satu kaedah terbaik untuk kekal aktif sebagaimana yang berlangsung dalam acara hari ini. Kehadiran setiap pengunjung hari ini merupakan ikrar untuk mengamalkan langkah-langkah penjagaan jantung yang mudah. Ini seiring dengan matlamat Nestlé untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan orang ramai demi masa depan yang lebih sihat,” tambahnya.
Acara Walk-A-Mile tahun ini menawarkan sejumlah aktiviti menarik dan menyeronokkan. Menariknya, para peserta juga memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang penjagaan kesihatan jantung.
Dalam acara tersebut, para peserta perlu melengkapkan pelbagai cabaran dan menjawab kuiz tentang fakta-fakta serta mitos-mitos berkaitan kolesterol dalam perjalanan sejauh sebatu jaraknya.
Menurut Ng, jalinan kerjasama antara NESTLÉ OMEGA PLUS dan YJM dalam menganjurkan acara Walk-A-Mile ini telah bermula sejak 16 tahun lalu. Bertitik tolak dengan matlamat meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap kesihatan jantung, acara ini kini berjaya mendidik lebih ramai rakyat Malaysia di peringkat yang lebih luas. Orang ramai lebih sedar tentang impak negatif kolesterol tinggi dan langkah-langkah yang lebih bijak akan diambil demi menjaga kesihatan jantung masing-masing.
Dalam acara Walk-A-Mile, para peserta berpeluang mempelajari pelbagai senaman ringkas dan juga menikmati hidangan minuman berkhasiat di gerai Hearty Boost. Para peserta turut mendapatkan pemeriksaan paras kolesterol secara percuma di gerai Hearty Check.
Sebuah Hearty Pledge Wall turut disediakan untuk para peserta memberi sokongan terhadap penjagaan kesihatan jantung selain menghentikan peningkatan kes penghidap kolesterol tinggi di Malaysia. Seruan ini secara langsung telah mendorong para peserta untuk terus komited dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta lebih bijak dalam pemilihan makanan demi kesihatan jantung yang lebih baik.
Acara hari ini merupakan susulan daripada satu siri aktiviti berjalan Walk-A-Mile anjuran NESTLE OMEGA PLUS yang telah berlangsung di sekitar negara sebelum ini. Aktiviti ini telah diadakan pada bulan Ogos dan September di beberapa taman komuniti dan kejiranan terpilih bagi mewujudkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya penjagaan kesihatan jantung menerusi gaya hidup aktif.
Masalah kolesterol tinggi tidak memilih mangsa dan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira umur, jantina, berat badan dan tahap kesihatan. “Ramai yang menganggap masalah kolesterol tinggi hanya berlaku pada golongan tertentu. Misalnya orang gemuk atau orang tua. Tanggapan ini salah. Sesiapa saja yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat adalah berisiko tinggi,” jelas Pengerusi YJM, Datuk Dr. J. S. Sambhi.
“Berdasarkan statistik, kebanyakan rakyat Malaysia khususnya golongan muda perlu mengutamakan amalan dan gaya hidup sihat demi memastikan kesihatan jantung di tahap optimum. Ini kerana gaya hidup mereka yang tidak sihat adalah faktor penyumbang utama penyakit kardio vaskular. Justeru, lakukan pemeriksaan paras kolesterol dan jantung secara kerap sebagai langkah pertama untuk menguruskan kesihatan jantung. Pemeriksaan kesihatan dapat membantu anda mengetahui tahap kesihatan masing-masing dengan lebih lanjut agar tindakan susulan boleh diambil untuk memastikan jantung sentiasa sihat. Malah, sesi pemeriksaan paras kolesterol dalam darah juga ditawarkan secara percuma di acara Walk-A-Mile,” kata Datuk Dr. J. S. Sambhi.
Sejajar dengan komitmen untuk membantu rakyat Malaysia mengecapi tahap kesihatan jantung terbaik, NESTLÉ turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM30,000 kepada YJM pada acara tersebut.
Bagi memperjuangkan kesihatan jantung optimum, NESTLÉ OMEGA PLUS mendorong semua rakyat Malaysia agar lebih proaktif dalam menguruskan paras kolesterol demi kesihatan jantung jangka panjang. Dengan hanya sedikit perubahan dari segi sikap, tabiat dan gaya hidup, kesihatan tubuh dan jantung jangka panjang boleh dipelihara. Sebagai pelengkap diet yang sihat dan senaman secara kerap, pengambilan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS yang diperkaya dengan 1.2g sterol tumbuhan dan omega 3:6 setiap hari telah terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Ini sekali gus dapat memberi impak positif terhadap kesihatan jantung anda.
Untuk maklumat lanjut dan aktiviti terkini NESTLÉ OMEGA PLUS, sila layari laman sosial www.facebook.com/NestleOmegaPlus.