Bermula 1 Julai 2012 yang lalu BABA’S telah menyiarkan siri masakan terbarunya, BABA’S cu-bits. Selain muncul sebagai program masakan pertama BABA’S ditujukan khas untuk penonton TV3, program 30 minit yang dihoskan oleh Chef Kamarul Husni Che Rose atau mesra dengan panggilan Chef Kamarul ini telah menampilkan trend hidangan baru – cu~bits, yang menonjolkan rasa-rasa Malaysia dalam jelmaan baru ala novelle cuisine!
Program yang dikonsepkan sepenuhnya oleh BABA’S dan diproduksi dengan kerjasama Primeworks Studios ini juga mendedahkan pengikut setia rancangan masakan tempatan kepada cara penyampaian yang memberi kelainan, baru dan inovatif.
“Apa yang pasti, kombinasi trend hidang cu~bits dan cara penyampaian rancangan ini telah bergema baik dengan penonton,” kata Claudian Navin Stanislaus, Ketua Pengiklanan dan Promosi BABA’S.
“Ini dibuktikan paling ketara menerusi rating penontonnya, dengan purata lebih 1 juta penonton* (AC Nielsen, Disember 2012) untuk 26 minggu….ia hampir dua kali ganda dari sambutan yang diterima oleh rancangan masakan yang lain….menjadikannya rancangan masakan yang paling diikuti tahu lalu”, sambung Navin.
Di samping menonton, mengenali dan mengalami evolusi kulinari terbaru ini melalui siri masakan BABA’S cu-bits ini, berbagai peraduan dan aktiviti lain telah dianjurkan oleh BABA’S di alam Facebook, melalui laman BABA’S & U.
Aktiviti yang menjadi penutup tirai kepada campaign BABA’S cu~bits adalah Peraduan Kreatif BABA’S cu~bits, yang memberikan peluang kepada penonton-penonton setia siri ini untuk menonjolkan kreativiti masing-masing. Mengikut Navin, “Peraduan ini mendapat sambutan memberangsangkan dan hasil penyertaan yang diterima adalah di luar jangkaan”.
Peserta dikehendaki menghasilakn suatu hasil kreatif menggunakan pek-pek kosong mana-mana produk keluaran BABA’S, untuk merebut hadiah utama yang sebanyank RM15,000 yang ditawarkan.
Majlis penyampaian hadiah peraduan kreatif BABA’S cu-bits ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima, En. Ahmad Izham Omar. Turut hadir, Pengarah Operasi, Baba Products (M) Sdn Bhd. En. Sivasubramaniam serta Ketua Pengiklanan dan Promosi, Baba’s En. Claudian Navin Stanislaus.
Berikut adalah senarai pemenang peraduan kreatif BABA’S:
- Tempat Pertama (RM15,000)
Mohamad Hanafi Bin Mohamad Yusof
- Tempat Kedua (RM5,000)
Muhammad Nasir Bin Mohd Sham
- Tempat Ketiga (RM1,000 setiap seorang)
1) Faiz Bin Muhammad
2) Md Sharif Bin Abdul Manaf
3) Safura Binti Ngah Karim
- Saguhati (RM200 setiap seorang)
- 1) Siti Sarah Mohd Suffian
- 2) Che Azyumi Aziz
- 3) Zulfaedah binti Mohd Dagang
- 4) Ahmad Faisal Mohd Siraji
- 5) Ahmad Azran Ameruddin
- 6) Noor Aihan binti Deraman
- 7) Norhafizah binti Hamid
- 8) Norashikin Mohd Ramli
- 9) Ruhatan bin Yahya