Baru-baru ini, bertempat di The Glass Suite, Bora Ombak Putrajaya, Carrisa Boutique telah mengadakan pertunjukan fesyen ‘A Night With Carrisa X Bienda’ yang mempamerkan koleksi terkini pakaian dan tudung sempena hari raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Majlis yang mendapat usahasama dengan SDM, Blonde Foundation, Red Velvet Cookies, Narabelle, Jedan, Erin Popiah, CHB Builders, Scha Fadly dan Bora Ombak Putaraja ini dihadiri oleh ramai VVIP dan selebriti terkenal tanah air antaranya penyanyi Zur Eda, Sheeda Dangdut, Maria Tunku Sabri, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.
Pertunjukan fesyen yang dihoskan oleh Embun, dimulakan dengan nyanyian daripada Basil, anak kepada pemilik Carrisa Boutique, Zurin Zakaria. Seterusnya, pertunjukan fesyen diteruskan dengan koleksi ‘Carrisa Ready to Wear’ (RTW) dan ‘Carrisa X Bienda‘.
Antara koleksi baju kurung moden yang diperagakan daripada rangkaian Carrisa RTW adalah Kurung Pleat Silang, Kurung Adelle, Kurung Pleat Tepi, Kurung Moden Riben, Kurung Flare, Kurung Peplum Pleat dan juga rangkaian selendang serta bawal.
Kesemua koleksi baju kurung ini mengguna fabrik Satin Crepe, Scuba dan Bubble Crepe yang menampilkan gaya elegen dan mewah pada si pemakai. Bukan itu sahaja, ia juga selesa dipakai. Penggunaan warna-warna lembut dan ceria seperti coklat, nude, royal blue, soft blue, kelabu, gold, maroon, purple, green turquiose, army green mustard dan peach menyerikan penampilan.
Dalam majlis itu juga, Carrisa Boutique turut memperkenalkan artis serba boleh yang terkenal dengan muzik bernuansa Timur Tengah, Bienda sebagai ‘Wajah Carrisa‘. Bienda dan Carrisa Boutique akan bekerjasama selama setahun dalam menghasilkan koleksi Hari Raya Carrisa X Bienda.
Tahun ini, Bienda kembali mewarnai industri muzik dengan menampilkan single terbaru berjudul “Lagu Jaga Hati”. Lagu tersebut ditulis oleh DJ Fuzz selaku komposer dan Alabbas selaku penulis lirik.
Lagu “Jaga Hati” merupakan percubaan pertama Bienda untuk lagu berirama rentak moden beat yang diselitkan dengan meodi yang berbaur elemen tradisional setelah empat tahun tidak memasarkan mahupun menerbitkan album baru.
Ia adalah kesinambungan kembalinya Bienda ke persada nyanyian selepas muncul dalam program “Gema Gegar Vaganza” tahun lalu.
“Jaga Hati ternyata berbeza dengan genre yang biasa dibawa. Kerjasama dengan DJ Fuzz untuk lagu Jaga Hati adalah yang kali pertama bagi mengubah konsep muzik yang biasa dinyanyikan dan kini beralih kepada muzik yang rancak. DJ Fuzz memang terkenal dengan lagu-lagunya yang catchy.”
Penggambaran muzik video “Jaga Hati” telah dirakamkan di Lombok, Indonesia dengan berlatar belakangkan pemandangan tepi laut yang indah dengan kerjasama Carrisa selaku Penerbit Eksekutif.
Muzik video “Jaga Hati” boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Warner Music Malaysia manakala lagu “Jaga Hati” pula boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut akan Carrisa Collection?
Kunjungi:
Boutique : Carrisa Collection,
55-G, Jalan PJU 5/20E,
The Strand Kota Damansara, Selangor.
(Berhadapan Giant Kota Damansara)
Selasa-Khamis (10am-7pm)
Ahad/Cuti awam (10am-6pm)
Booth : Level 3 & 2, SACC Mall Shah Alam, Selangor
Isnin-Khamis (10am-9.30pm)
Jumaat-Ahad (10am-10pm)
Online Order : PM / Whatsapp 016.6665330
Advertisements