PUTRAJAYA, 2 Disember, 2019 – IOI City Mall Putrajaya bertukar menjadi lautan merah apabila seramai 3,500 orang peserta yang kebanyakannya terdiri daripada peminat siri animasi Ejen Ali, mengambil bahagian dalam Ejen Ali Misi: Ejen Rush, semalam, (Ahad, 1 Dec 2019).
Acara larian berhalangan ala ‘MATA Akademi’ yang diadakan buat julung kalinya ini dianjurkan oleh Primeworks Studios dengan kerjasama WAU Animation turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin.
Peserta mula membanjiri dataran West Garden, IOI City Mall Putrajaya seawal jam enam pagi bagi menyertai sesi senaman Zumba. Acara larian dimulakan tepat jam 7.30 pagi bersama kehadiran maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia, serta penampilan istimewa maskot Alif & Sofia iaitu karakter utama dari siri animasi baru yang dihasilkan oleh Primeworks Studios dengan kerjasama Blindspot Studios. Peserta larian yang digelar ‘ejen’ terdiri dari ibu-bapa, kanak-kanak, remaja malah kelihatan juga bayi yang dikendong dan menaiki kereta sorong bayi, dengan semangat kesukanan meredah halangan dan cabaran Ejen Ali MIsi : Ejen Rush. Mereka diujii dengan empat cabaran rintangan berdasarkan teras-teras utama MATA yang terdiri daripada Kombat, Tekno, Inviso dan Neuro. Ejen Race Kit seperti T-shirt, beg drawstring, bib larian, e-sijil dan pingat ‘finisher’ diberikan kepada peserta setelah mereka berjaya menamatkan larian.
Ahmad Nazmi bin Mohd Hakimi, pelari berusia 14 tahun yang telah merangkul tempat pertama dan berjaya menamatkan larian dalam masa 25 minit berkata “Saya sangat gembira dan berpuas hati kerana telah berjaya menempuhi ‘Zon Cabaran’ dan tiba di garisan penamat. Kami sekeluarga bangun seawal jam lima pagi kerana terlalu teruja dan tidak sabar untuk menyertai aktiviti ini.” katanya.
Selain daripada acara larian, aktiviti ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa dari penyanyi remaja popular, Ismail Izzani, yang menghiburkan peminat dengan dua buah lagu hit iaitu ‘Luar Biasa’ dan ‘Sabar’.
Selebriti tanah air, pelakon Lisdawati yang turut hadir serta menyertai acara larian berkata “Misi Ejen Rush merupakan aktiviti yang sangat bagus kerana ia bukan sahaja dianjurkan bagi mempromosikan filem Ejen Ali tetapi ia juga dapat memberi peluang kepada para peserta untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga serta orang yang tersayang”.
Pelakon Dazrin Kamarudin, juga menambah “Saya sebenarnya membawa sepuluh orang ahli keluarga untuk menyertai acara larian pada hari ini! Saya benar-benar berharap agar acara seperti ini dapat menjadi aktiviti tahunan yang boleh disertai oleh semua peminat Ejen Ali”
“Waktu yang paling menggembirakan ialah apabila kita dapat bersukan bersama keluarga yang tersayang. Ianya kegiatan yang sihat, dan saya berharap acara larian Ejen Ali akan diteruskan setiap tahun dan pastinya saya dan keluarga akan turut serta sekali lagi“, kata penyanyi popular, Azharina Azhar yang turut membawa 12 orang ahli keluarga termasuk neneknya yang diterbangkan dari Sabah.
Ayu Damit, penyanyi dan juara rancangan realiti ‘One In A Million’ musim kedua berkata “Ini merupakan pengalaman pertama saya menyertai acara larian bersama anak-anak. Kami sekeluarga rasa sangat gembira lebih-lebih lagi apabila nombor larian anak saya terpilih dan diumumkan sebagai salah satu nombor yang bertuah. Syabas dan tahniah Primeworks Studios kerana berjaya menganjurkan aktiviti berkonsepkan kekeluargaan yang menarik seperti ini!”,
Antara selebriti tempatan lain yang turut hadir bagi memberikan sokongan kepada Ejen Ali Misi: Ejen Rush ialah Haiza, Hafiz Hatim dan RD dari Fly FM, Deen, Haziq dan Rara dari Hot FM, serta Muaz dari Kool FM.
Acara tersebut turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah dimana peminat Ejen Ali berpeluang memenangi pelbagai jenis hadiah istimewa termasuklah tiket wayang percuma untuk menonton filem Ejen Ali The Movie, barangan eksklusif Ejen Ali serta ‘Smart TV’ 40-inci sebagai hadiah utama.
Ucapan penghargaan buat rakan kerjasama PediaSure, Bananana! sebagai rakan penyiar, Alpha Runners Club selaku jawatankuasa utama acara larian, IOI City Mall Putrajaya selaku rakan penaja lokasi serta Mydin, dan CJWOW Shop yang berkolaborasi dan turut menjayakan Ejen Ali Misi : Ejen Rush.
Ejen Ali Misi : Ejen Rush diadakan sempena tayangan filem EJEN ALI THE MOVIE yang telah mencatat kutipan lebih RM6.4 juta selepas tiga hari ditayangkan di 162 pawagam serentak bermula 28 November 2019 di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei. EJEN ALI THE MOVIE mengisahkan tentang Ali, seorang budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar. Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baharu ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh seorang individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.
Klik link dibawah untuk melihat:
Untuk maklumat lanjut tentang EJEN ALI THE MOVIE, sila ikuti:
- YouTube : youtube.com/ejenali
- Facebook : facebook.com/ejenali
- Instagram : instagram.com/ejen_ali
- Twitter : twitter.com/ejen_ali
#EjenAliTheMovie #EjenAli #AniMY
###