(SEMASA) HABIB RASMI BILIK PAMERAN TERBESAR DI PAVILION BUKIT JALIL TAMPIL KONSEP BARU SERBA MODEN DAN KONTEMPORARI

Spread the love

KUALA LUMPUR, 31 Disember 2021 – HABIB, jenama terulung barangan kemas tempatan melabuhkan tirai tahun 2021 dengan pembukaan bilik pameran yang ke 31 di Pusat Membeli-Belah Pavilion Bukit Jalil. Lokasi strategik serta kedudukan bilik pameran yang terletak berhadapan dengan pintu masuk utama dan ruang legar pusat membeli belah memudahkan orang ramai untuk berkunjung. Dengan berkeluasan 4,414 kaki persegi, ini merupakan bilik pameran HABIB yang terbesar dan menawarkan pengalaman membeli belah terbaik dengan ruangan yang disediakan adalah lebih lapang, sesuai dengan peredaran di zaman norma baharu.

Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB berkata, “Pelanggan lebih cenderung untuk datang sendiri ke bilik pameran bagi merasai dan mencuba sendiri barangan kemas yang bernilai tinggi sebelum membuat pembelian. Pelaburan kami dalam bilik pameran Pavilion Bukit Jalil baharu ini adalah bukti komitmen dalam memenuhi permintaan yang sentiasa berubah dan ianya membezakan serta meletakkan kami selangkah ke hadapan. Walaupun dengan norma baharu, pelanggan boleh terus membeli-belah dengan selesa dan tanpa bimbang.”

Dato’ Sri Meer menambah, “Pembukaan bilik pameran terbaru dan terbesar di Pavilion Bukit Jalil ini memberi kemudahan dengan jarak perjalanan yang lebih pendek untuk pelanggan yang berada di sekitar Bukit Jalil. Sebanyak lebih daripada 2,000 rekaan yang unik merangkumi pelbagai koleksi barangan kemas yang pasti menepati citarasa untuk setiap lapisan umur. Antaranya, koleksi terbaru sesuai buat golongan muda dan kanak-kanak; koleksi Disney x HABIB Frozen menambahkan kepelbagaian barangan dalam memenuhi permintaan yang berbeza”.

Bilik pameran ini menampilkan seleksi pilihan barangan kemas terbanyak antaranya, koleksi Oro Italia 916, berlian dan batu permata, serta berlian bersijil antarabangsa iaitu GIA dan juga Hearts On Fire® yang merupakan potongan berlian yang paling sempurna di dunia. Selain itu, uniknya bilik pameran ini adalah terdapat ruangan kolaborasi yang merupakan kawasan khas bagi menampilkan kempen istimewa. Ruangan komuniti turut tersedia untuk acara peribadi dan pameran eksklusif untuk memberi keselesaan dan privasi kepada para pelanggan.

Sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada HABIB sejak lebih 63 tahun, HABIB sentiasa menjadikan pelanggan sebagai keutamaan dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. HABIB berbesar hati berkongsi hadiah kebahagiaan dengan menjadi sebahagian daripada detik istimewa pelanggan untuk setiap majlis, acara dan perayaan.

Untuk informasi lanjut dan terkini mengenai HABIB, layari laman sesawang di www.habibjewels.com atau ikuti media sosial HABIB di Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *