Tag: Dato’ Sri Meer Habib

(SEMASA) HABIB RASMI BILIK PAMERAN TERBESAR DI PAVILION BUKIT JALIL TAMPIL KONSEP BARU SERBA MODEN DAN KONTEMPORARI

KUALA LUMPUR, 31 Disember 2021 – HABIB, jenama terulung barangan kemas tempatan melabuhkan tirai tahun 2021 dengan pembukaan bilik pameran yang ke 31 di Pusat Membeli-Belah Pavilion Bukit Jalil. Lokasi strategik serta kedudukan bilik pameran yang terletak berhadapan dengan pintu masuk utama dan ruang legar pusat membeli belah memudahkan orang ramai untuk berkunjung. Dengan berkeluasan 4,414 kaki persegi, ini merupakan bilik pameran HABIB yang terbesar dan menawarkan pengalaman membeli belah terbaik dengan ruangan yang disediakan adalah lebih lapang, sesuai dengan peredaran di zaman norma baharu. Read more →

(SEMASA) PELANCARAN IRAMA AIDILFITRI DAN VIDEO MUZIK HABIB YANG PERTAMA

Kuala Lumpur, 27 April 2021 – Buat julung kalinya, HABIB, jenama barangan kemas tempatan tampil dengan kelainan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan lagu dan video muzik raya khas bertajuk, ‘Irama Aidilfitri’. HABIB merupakan jenama barangan kemas yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan sebuah lagu dan video muzik raya. Read more →