(HIBURAN) SIRI JELAJAH ABPBH KEMBALI MENEMUI PEMINAT DI KARNIVAL JOM HEBOH

Spread the love

SHAH ALAM, 1 Jun 2023 – Kerinduan peminat terhadap siri jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) terubat apabila sesi bertemu peminat untuk edisi yang ke-35 kembali selepas hampir empat (4) tahun tidak dapat dilaksanakan berikutan tercetusnya pandemik COVID-19.

Acara siri jelajah ABPBH 35 akan berlangsung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam sempena Karnival Jom Heboh (KJH) Selangor Generasi Muda, bermula Jumaat, 2 Jun sehingga Ahad, 4 Jun ini, disertai oleh calon-calon Top 20.

Seramai 12 calon awal ABPBH 35, yang merangkumi gadingan artis lama dan baharu menggegarkan siri jelajah ABPBH pada kali ini. Antaranya adalah Datuk Aaron Aziz, Haiza, Wany Hasrita, Hazama, Shiha Zikir, Ismail Izzaini, Khair Bahar, Puteri Sarah Liyana, DJ Sonic dan Black TikTokers.

Begitu juga dengan kehadiran artis baharu seperti Anna Jobling dan penyanyi muda, Naufal Azrin. Anna tersenarai dalam kelompok awal tiga kategori iaitu BBNU Wanita Popular, Aktres TV Popular dan Couple TV Popular, manakala Naufal juga tersenarai dalam tiga kategori iaitu BBNU Lelaki Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular dan Lagu Paling Boom.

Acara ini turut dihangatkan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran dan persembahan istimewa kumpulan Indie baharu yang dikenali sebagai Les SkinChan.

Penganjur utama ABPBH 35, Fellera Skin juga membuka reruai (booth) bersebelahan ABPBH

35, bagi memberi peluang kepada peminat melihat sendiri keunikan produk jeli ajaibnya iaitu Bellarossa Advances. Menaja ABPBH buat kali pertama cukup sinonim dengan acara anugerah ini apatah lagi produk yang dihasilkan menepati tema ‘Ekspresi Legasi Seni’.

Sejak dahulu, siri jelajah ABPBH telah menjadi antara salah satu pengisian yang penting bagi anugerah paling berprestij buat artis tanah air ini.

Selain tanda penghargaan kepada peminat yang tidak jemu-jemu menyokong acara anugerah ini, ia juga membolehkan artis merapatkan hubungan dengan para peminat.

Sehubungan itu, pelbagai pengisian menarik telah diatur sepanjang tiga hari KJH berlangsung.

Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan seperti Teka Wajah Artis, Kotak Misteri Apa Tu?, Putar Roda Ajaib, Flash Mob, Parodi Viral TikTok, Mummy Wrap dan persembahan istimewa serta sesi ramah mesra bersama selebriti tersayang.

Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir, berkata pihak penganjur Berita Harian merasa sangat teruja dapat melaksanakan kembali siri jelajah ABPBH bagi memberi peluang kepada orang ramai, terutama peminat bertemu dengan artis dan selebriti kesayangan mereka.

“Sudah lama kita tidak mengadakan acara siri jelajah ABPBH sebagai satu cara kita mempromosikan ABPBH. Inilah saat yang ditunggu-tunggu peminat untuk beramah mesra dan bergambar dengan artis pujaan mereka di samping mengeratkan hubungan ukhuwah sesama mereka.

“Pelbagai aktiviti telah kita rangka untuk menghangatkan lagi siri jelajah kali ini. Kami berharap orang ramai, sama ada warga Shah Alam atau luar, dapat datang beramai-ramai singgah di reruai ABPBH. Pelbagai barangan eksklusif ABPBH 35 juga menanti anda,” katanya.

Undian pusingan peringkat awal calon ABPBH 35 masih lagi dibuka dan akan berakhir pada 11 Jun ini. Peminat boleh mengundi artis pujaan mereka melalui laman web ABPBH 35 di www.abpbh.com.my. Selain undian secara percuma, peminat berpeluang menggandakan undian menerusi pakej promosi langganan akhbar digital BH.

Terdapat 12 kategori utama yang dipertandingkan iaitu BBNU Lelaki Popular, BBNU Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Selain itu, tujuh kategori ekstra turut dipertandingkan iaitu Couple Drama Popular, Couple Filem Popular, Drama Popular, Lagu Paling Boom, Content Creator Popular, TikTokers Popular dan Video Viral Popular.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *