(SEMASA) KEM #CLEARHEADPROJECT MENJANA TRANSFORMASI PENCIPTA KONTEN TUNAS, MEMBENDUNG KEGELISAHAN PRESTASI DAN MENYALAKAN KREATIVITI

Spread the love

KUALA LUMPUR, 8 DECEMBER 2023 – Kem #CLEARHeadProject yang merupakan sebuah usaha rintis oleh jenama pakar kulit kepala, CLEAR menerusi kerjasama dengan Watsons Malaysia, telah pun disempurnakan dengan jayanya. Ia meninggalkan impak yang besar dan berkekalan kepada 20 pencipta konten tunas yang telah mengambil bahagian dalam program tersebut. ‘Bootcamp’ atau kem latihan ini, yang telah dirumus bagi membendung kegelisahan prestasi serta menaikkan keyakinan kendiri, telah memperkasa bakat-bakat muda tersebut untuk mengatasi perasaan ketakutan mereka ke atas tanggapan orang lain, membolehkan mereka meluahkan potensi kreativiti kendiri, lalu melakar kecemerlangan dalam dunia digital.

“Di CLEAR, kami telah mendapati bahawa lebih daripada 70% golongan belia di seluruh dunia mengalami kegelisahan prestasi. Selain kemudahan untuk berkongsi konten secara dalam talian, perluasan penggunaan platform media sosial yang dipenuhi dengan perkongsian kisah-kisah peribadi juga meningkatkan tekanan orang ramai untuk memenuhi taraf hidup tertentu lalu membuka lebih banyak ruang untuk mereka dihantui dengan persepsi warganet. Ia menyebabkan isu kegelisahan prestasi semakin meruncing. Kami juga menyedari betapa pentingnya hubungan antara minda dengan jasad. Tekanan dan kegelisahan di tahap yang tinggi mampu melemahkan fungsi kulit sebagai benteng pertahanan, yang boleh mencetus serta memburukkan lagi pelbagai masalah kulit kepala seperti kelemumur dan keguguran rambut. Masalah kulit kepala ini juga boleh meningkatkan lagi perasaan gelisah selain menghilangkan keyakinan diri, menjejaskan prestasi sebenar seorang individu. Sehubungan itu, kami telah menanam hasrat untuk membantu para pengguna memutuskan kitaran reaksi antara kegelisahan dan masalah kulit kepala, memperkasa diri mereka dengan keyakinan ‘CLEAR HEAD’ yang lebih tinggi agar mereka dapat mempamerkan kebolehan mereka yang sebenar pada bila-bila masa.

Justeru #CLEARHeadProject pun terlahir menerusi kerjasama dengan Resilience Research Centre, sebuah institusi yang berpangkalan di Kanada. Kem latihan ini dirumus untuk meningkatkan efikasi kendiri dan mengasah kemahiran bagi membendung kegelisahan prestasi serta meningkatkan keyakinan,” ujar Natalie Goh, Ketua Unit Perniagaan Kecantikan & Kesejahteraan, Malaysia & Singapura – Unilever.

CLEAR juga menyedari bahawa satu dalam setiap dua individu muda di Malaysia risau tentang persepsi orang ramai terhadap diri mereka di media sosial. Dengan Malaysia yang berkedudukan nombor dua di Asia bagi kes pembulian siber dalam kalangan belia, jenama ini percaya bahawa kenyataan ini secara tidak langsung menyeru #CLEARHeadProject untuk mengambil inisiatif. Natalie turut menekankan bahawa “Kem latihan yang berlangsung ini, berbekalkan sokongan Watsons Malaysia, merupakan satu usaha rintis untuk membuktikan impak transformatif yang dimiliki #CLEARHeadProject dalam membantu belia meleraikan kegelisahan mereka melibatkan masalah kulit kepala di samping meningkatkan keyakinan dan prestasi diri mereka. Kami telah memilih 20 pencipta konten beraspirasi yang bergelut untuk meluahkan potensi kreatif mereka dengan sepenuhnya ekoran perasaan takut mengenai tanggapan orang lain dan juga kekurangan keyakinan diri. Dengan bimbingan dan dukungan pakar, kami berharap para pencipta konten ini akan berasa lebih yakin untuk menonjolkan suara mereka yang unik dan melakar kejayaan dalam arena digital dengan kreativiti mereka.”

PARA PESERTA MENDEMONSTRASIKAN PERKEMBANGAN YANG LUAR BIASA DARI SEGI KEYAKINAN DAN EFIKASI KENDIRI

Sebuah aspek penting di sebalik kejayaan kem #CLEARHeadProject terletak pada perkembangan yang signifikan dalam efikasi dan keyakinan diri para peserta. Sebagai langkah pertama program tersebut, para peserta telah menjalani penilaian menerusi skala efikasi kendiri am (GSE), iaitu sebuah skala psikometrik yang terdiri daripada 10 perkara, direka suai oleh Matthias Jerusalem serta Ralf Schwarzer pada tahun 1981 untuk menilai tahap keyakinan diri optimistik individu dalam menangani pelbagai cabaran kehidupan.

Hasil penilaian selepas kem latihan tersebut tamat adalah sangat memberangsangkan – 95% peserta telah menunjukkan penambahbaikan skor penilaian mereka. Lebih daripada 75% peserta yang melaporkan efikasi kendiri yang rendah telah melengkapkan kem latihan dengan skor efikasi kendiri yang lebih positif, dengan purata skor efikasi kendiri berjumlah 32 (purata global berdasarkan kajian terdahulu menunjukkan skor efikasi kendiri ditanggap yang lebih tinggi adalah >30 dalam kalangan beberapa populasi antarabangsa)1.
Hasil daripada skor kesemua 20 peserta mencerminkan peningkatan statistik yang signifikan juga.2 Secara keseluruhannya, keputusan yang memberangsangkan ini mencerminkan pertumbuhan yang kuat dalam jangka pendek untuk kapasiti peserta yang diperhatikan dalam aspek-aspek seperti keupayaan menghadapi cabaran, melaksanakan tugasan, dan mencapai hasil yang diinginkan.

Perkembangan dalam efikasi kendiri ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan keyakinan mereka terhadap prestasi masing-masing, tapi juga melengkapi diri mereka dengan daya kebingkasan yang mustahak untuk menavigasi dunia digital yang kian berubah. Oleh itu, kem latihan #CLEARHeadProject bukan sahaja telah memperkasa bakat-bakat baharu ini untuk menangani kegelisahan prestasi, tapi juga menyemai dalam diri mereka sifat keyakinan yang tinggi, berupaya untuk membantu mereka melakar kecemerlangan dalam usaha kreatif masing-masing.

KEM LATIHAN YANG DIRUMUS UNTUK MENINGKATKAN EFIKASI KENDIRI, MEMBENDUNG KEGELISAHAN PRESTASI DAN MEMANGKIN KEYAKINAN

Semasa kem tersebut, para peserta telah merungkai hubungan antara minda dan kulit kepala mereka, mempelajari bahawa tekanan dan kegelisahan boleh menjadikan benteng kulit kepala lebih lemah, lalu mencetus masalah kelemumur dan keguguran rambut. Mereka juga telah mempelajari tentang teknik perlindungan kulit kepala secara fizikal dan cara untuk menangani kegelisahan sebagai kaedah untuk mengurangkan masalah melibatkan kulit kepala, yakni dari dalam.

Menerusi pelbagai aktiviti yang dinamik, peserta telah menyelami diri mereka untuk memahami dan menangani punca-punca sebenar yang melatari kegelisahan mereka. Melalui sesi-sesi bimbingan khas, mereka dapat menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menangani kegelisahan prestasi secara langsung. Para peserta juga telah menerokai prinsip dan nilai diri mereka serta bagaimana ia mampu menjajari aspirasi mereka sebagai pembikin konten. Kemahiran mencipta konten yang praktikal juga telah dikongsi bersama sebuah panel perbincangan yang dianggotai oleh pencipta-pencipta konten tempatan yang ternama seperti Ting Shi Qi (Qiwiie), Maggy Wang (themaggywang), Gajen Chandra (Gajussy) dan Elyshia Abegail (Abby).

“Pada pendapat saya, ini merupakan satu titik permulaan yang hebat untuk mereka yang bercita-cita menjadi pencipta konten. Saya harap saya mendapat peluang untuk mengikuti kursus ringkas seperti ini ketika saya pertama kali mencuba penciptaan konten. Inisiatif yang amat luar biasa untuk memperkasakan dan memberi pendidikan!”- Maggy Wang (@themaggywang)

“Media sosial adalah umpama pedang bermata dua—ia boleh memperkasakan anda atau membinasakan anda. Saya suka bagaimana program ini bantu melengkapi pencipta konten muda dan baharu untuk menavigasi dunia yang rumit ini dengan yakin dan secara sihat! Kita perlukan banyak lagi suara-suara yang positif dalam talian.” – Ting Shi Qi (@Qiwiie)

“Saya sukakan suasana dan mood di kem latihan tersebut. Saya berasa selesa sebagai seorang introvert di situ. Sesi perkongsian daripada para pencipta konten adalah serba interaktif dan juga menarik, banyak yang saya dapat pelajari daripada me dengan keyakinan CLEAR-HEAD. Syampu lelaki kami terduduk di peringkat nombor 1, dan

reka, yakni untuk mempercayai proses perkembangan diri saya dan menjadi diri saya sendiri pada setiap masa.” – Jia Yu, peserta #CLEARHeadProject.

“Saya suka sesi-sesi perkongsian yang diadakan, ia membolehkan kami mengambil bahagian selain mendapatkan pandangan daripada pencipta-pencipta konten yang lain. Kem latihan ini telah mengajar saya betapa pentingnya untuk saya menjadi diri saya sendiri dan mencintai diri saya pada setiap masa. Para panelis juga telah menunjukkan kepada saya bahawa kita harus berpegang kepada prinsip ketulenan dan untuk mempercayai proses perkembangan diri saya.” – Athena, peserta #CLEARHeadProject.

Bagi mereka yang berasa gusar untuk menonjolkan diri di hadapan orang lain, risau tentang persepsi mereka dan ingin mengubah diri sendiri untuk berasa lebih yakin, CLEAR membawakan hab sumber TikTok @Clear.Haircare. Diasaskan menerusi kerjasama dengan Resilient Research Centre, para pengikut saluran ini akan dapat menerokai hubungan yang mengaitkan minda dan jasad; bagaimana tekanan dan kegelisahan boleh mencetus dan memburukkan masalah kulit kepala seperti kelemumur dan keguguran rambut.

Dari Disember 2023 hingga Januari 2024, para pengikut kami akan disajikan dengan perkongsian daripada para pakar mengenai cara untuk mengurus emosi mereka serta membina asas yang kukuh bagi meningkatkan keyakinan diri. Pada tahun 2024 nanti juga, saluran ini akan menayangkan kisah-kisah sebenar daripada para selebriti dan pempengaruh dari serata dunia mengenai cara mereka menangani kegelisahan dan memangkin prestasi dalam kehidupan – memberi ilham kepada orang ramai untuk mara ke hadapan dan menunjukkan kepada dunia apa yang mereka juga mampu capai dengan keyakinan ‘CLEAR HEAD’ pada bila-bila masa.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *