(SEMASA) WMOTO ES250 EDISI KHAS (N1) YANG BERBEZA DAN MENYERLAH DENGAN WARNA & GRAFIK BAHARU

Spread the love

MForce telah mengeluarkan varian terbaru WMOTO ES250i Edisi Khas (N1), kini dengan penampilan baharu. Harga jualan edisi kali ini ialah RM14,508.00, tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan.

WMOTO ES250i jauh lebih menarik dan mengujakan dengan dua pilihan warna terkini: Hitam dan Putih. Dengan ciri-ciri dan prestasi yang dijanjikan oleh model ini, ia pastinya akan menarik minat peminat kenderaan di Malaysia. Skuter dengan tagline Sensasi Maksimum ini memiliki reka bentuk yang kemas serta perincian teliti.

WMOTO ES250i menggunakan sistem kunci pintar di mana ciri Alarm Key Findings turut terdapat pada teknologi ini. Ianya berfungsi untuk pemilik skuter mengetahui lokasi skuter mereka lebih-lebih lagi di kawasan parkir. Dengan menekan butang tersebut di kunci, lampu skuter ini akan berkelip selama beberapa saat dan boleh dilihat dari jauh.

Ia juga dilengkapi dengan brek cakera bersaiz 240mm serta sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di tayar hadapan dan belakang untuk memberi keselamatan maksimum kepada penunggang semasa membrek kecemasan.

Skuter WMOTO ES250i 244.3cc dijana oleh 4-lejang, silinder tunggal dan 4-injap serta mampu menghasilkan hantaran kuasa maksimum 15.6kW pada 8,500rpm dan tork 21Nm pada 6,500rpm dengan sistem penyejukan cecair. Dari segi teknikal yang lain, skuter ini turut mematuhi piawaian emisi Euro 4 dan dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik.

WMOTO ES250i Edisi Khas (N1) kini boleh didapati di pasaran, dan anda boleh mendapatkannya segera di semua premis pengedar sah WMOTO. Dengan setiap pembelian WMOTO ES250i, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *