(HIBURAN) Azmi Saat Angau Dengan Layla!  Siapa Layla?

Spread the love

Setelah dua tahun tidak mengeluarkan karya, kini Azmi Saat membuat kemunculan semula bersama single terbaharu yang berjudul “Majnun”. Tercetus tanda tanya akan siapakah dia yang bernama Majnun? Pada siapakah single terbaharu ini ditujukan dan apakah yang telah berlaku pada Azmi Saat sepanjang tempoh dua tahun lalu?

Single terbaharu Azmi Saat, yang berjudul “Majnun” menceritakan tentang pahit yang harus ditelan oleh Majnun akan hati yang mencintai terhalang dari memiliki, hanya bayang dibuai mimpi kerana mencintai itu tidak semestinya perlu memiliki, dan tak semua yang dimiliki itu dicintai. Walaupun perit, namun itu adalah keindahan cinta yang sejati, rasa yang tersemat mati di dalam hati, selamanya.

Berikut adalah perasaan yang di rasai oleh Azmi sepanjang penghasilan Majnun dimana beliau cuba sebaiknya untuk menyatu dengan perasaan dan emosi untuk menyampaikan sebuah penceritaan yang menambat sanubari pendengar.

Single Majnun oleh Azmi Saat telah dilancarkan pada 19 Julai  dan ianya boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC. Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *