(SEMASA) MFORCE TRACK DAY: PENYATUAN ANTARA MOTORSIKAL DAN PENUNGGANGNYA

Spread the love

SELANGOR, 8 SEPTEMBER 2024 – Buat julung kalinya, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan hari istimewa khas kepada peminat motorsikal di seluruh Malaysia, iaitu MForce Track Day.
Acara yang dijalankan di Horizon Baranang Circuit, Selangor ini telah dirasmikan oleh Encik Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi MForce. Dianggarkan seramai lebih dari 1,500 peserta telah menghadiri acara ini dan disajikan dengan pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang hari yang semestinya membuatkan pengunjung bersemangat dan gembira.

Bermula jam 9 pagi, pihak media telah menjalankan sesi pendaftaran diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan. Majlis diteruskan dengan ucapan dan acara pembukaan yang dirasmikan oleh Encik Asri Ahmad. Di MForce Track Day, Fort 350 dari jenama motorsikal QJ MOTOR dan FRI 50 dari Voge telah diperkenalkan buat pertama kali dalam pasaran lokal, selepas pelancarannya pada 22 Mei di Malaysia Autoshow 2024.

Acara ini telah dirasmikan oleh Encik Asri Ahmad diikuti oleh Encik Tang Hai Teik, Pengurus Kanan Cawangan MForce (Wilayah Tengah & Selatan), Encik Alex Lim Juinn Han selaku Pengurus Cawangan Johor, Puan Woon Huey Li, Pengurus Cawangan Perak, Encik Mohamad Rusdi Bin Rejab, Pengurus Perkhidmatan dan Encik Gooi Kim Long, Pengurus Alat Ganti.

Dengan penawaran harga bermula RM8,888.00, pengguna mampu memiliki FRI 50 yang menggunakan silinder tunggal dengan 4-injap dan kotak gear slipper clutch 6-kelajuan. Model super moped ini juga dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran yang meningkatkan lagi keselamatan semasa menunggang. Lebih istimewa, Formica Rossa 150 kini dihadirkan dengan bakul hadapan yang akan memudahkan pengguna untuk meletakkan barang keperluan serta menjimatkan kos kerana tidak perlu membeli bakul tamabahan.

Terdapat tiga warna yang mampu mengambat hati penggunanya iaitu Canary Yellow, Heat Red dan Bold Blue. Kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian mana-mana model FRI 50, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

QJMOTOR Fort 350 juga telah ditunggu-tunggu oleh peminat tempatan ekoran bentuknya yang bergaya disulami spesifikasi yang canggih. Dua pilihan warna yang menarik; Matte Black dan Gold memberikan aura kekuatan dan gagah. Para peminat boleh memilikinya bermula dari harga RM23,888 daripada pengedar sah QRMOTOR di seluruh Malaysia.

Tangki minyak berkapasiti sebanyak 14-liter yang turut menjadi salah satu buah mulut penggemar motorsikal cruiser juga bakal menghidupkan ritma perjalanan anda. Model ini juga menawarkan penijmatan bahan api yang sangat cekap dan meningkatkan lagi prestasi semasa berada di jalan raya.

Fort 350 juga dilengkapi dengan enjin 350cc yang memberikan kuasa maksimum sebanyak 25kW pada 7,500rpm dan tork 35.2Nm pada 6,000rpm. Penunggang motorsikal ini akan merasai kelancaran dan kepuasan pada setiap pecutan. Dengan setiap pembelian Fort 350, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh QJMOTOR Malaysia. Pada sesi pagi, MM Riding Safety Academy telah menjalankan pertunjukan pemanduan defensif dan sesi taklimat khas kepada pihak media yang ingin melibatkan diri dalam sesi pandu uji.

Kolaborasi ini memberi peluang untuk pengunjung dan pihak media untuk merasai pengalaman dengan motorsikal berkualiti tinggi seperti Moto Morini, Benda, Brixton, QJM0tor, SYM, voge, WM0t0, CFMOTO dan banyak lagi. Selepas itu, pengunjung yang hadir membuat pendaftaran bermula satu petang serta berpeluang untuk menyertai pertandingan pertunjukkan motorsikal yang mempertandingkan tiga kategori iaitu Best Scooter, Best Big Bike dan Best Moped Bike. Pemenang dihadiahkan sebuah helmet berkualiti tinggi dan bergaya dari jenama LS2.

Terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh pihak pengunjung seperti pameran motorsikal serta trak makanan seterusnya meningkatkan lagi kemeriahan acara pada hari tersebut. Turut hadir lebih dari 300 pegunjung konvoi seperti Tenaga Motor, Ee Tiong Motorsport dan Darma Motor yang memeriahkan lagi suasana di MForce Track Day.

Pada sesi tengahari, para peserta juga tidak bosan kerana dihidangkan dengan pertunjukkan tunggangan motorsikal wanita dari kumpulan pempengaruh sosial terkenal, Papio Girls dan Gemma Girls yang mengelilingi litar perlumbaan tersebut. MM Riding Safety Academy sekali lagi memberi taklimat mengenai pemanduan defensif, tetapi kali ini akan lebih berfokuskan penyertaan dari pihak pengunjung yang ingin merasai pengalaman menunggang motorsikal premium. Acara ini akan berlangsung selama 3 jam.

Tidak terhenti pada itu, acara kali ini turut dihidangkan dengan ‘Cabutan Rezeki’ yang mana para peserta berpeluang memenangi hadiah eksklusif iaitu Minyak Enjin PJI dan topi keledar LS2. Tuntasnya, para peserta memberikan respons positif dan berpuas hati terhadap segala fasiliti dan aktiviti yang disediakan sepanjang program.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *