Harley-Davidson® dengan bangganya telah memperkenalkan koleksi motosikal Cruiser 2025 yang kini ditawarkan di pasaran Malaysia. Enam model Cruiser baharu dilengkapi enjin serba baharu Milwaukee-Eight™ yang menawarkan prestasi lebih mantap, teknologi penunggangan canggih, serta rekaan yang diperbaharui – menetapkan penanda aras baharu dalam kategori cruiser.
Dengan barisan model yang lebih luas dan bergaya, Cruiser 2025 tampil lebih berkuasa dan menyerlah dari segi reka bentuk. Harga bermula dari RM119,900*, menjadikannya lebih mampu milik untuk penunggang yang ingin merasai kebebasan menunggang di jalan terbuka.
Orang ramai telah berpeluang menyaksikan keseluruhan barisan Cruiser 2025 ini secara langsung di acara Art of Speed 2025 yang telah berlangsung pada 26 & 27 Julai 2025 di MAEPS, Serdang.
Model Cruiser 2025 Baharu
Harley-Davidson® memperkenalkan evolusi berani bagi barisan Cruiser ikoniknya dengan enam model baharu yang menggabungkan teknologi generasi akan datang, prestasi dipertingkatkan dan gaya terkini.
Kesemua model dibina menggunakan casis Harley-Davidson® Softail™ yang dipercayai, lengkap dengan suspensi belakang mono-shock tersembunyi, serta dikuasakan oleh enjin baharu Milwaukee-Eight™ 117 ditala bagi menyerlahkan karakter unik setiap model.
Barisan Cruiser 2025 menawarkan pelbagai gaya – daripada klasik nostalgia, mesin berprestasi tinggi, hingga rekaan ala kustom yang eksklusif.
Senarai model baharu 2025 termasuk:
- Street Bob™ (Penjana Kuasa Klasik)
- Heritage Classic (Penjana Kuasa Klasik)
- Fat Boy™ (Penjana Kuasa Kustom)
- Breakout™ (Penjana Kuasa Kustom)
- Low Rider™ S (Berprestasi Tinggi)
- Low Rider™ ST (Berprestasi Tinggi)
Ikuti perkembangan terkini Harley-Davidson® di Malaysia melalui:
🌐 www.harley-davidson.com
📱 FB: Harley-Davidson of Malaysia

