(SEMASA) Gold Wing Bertemu Pemilik Baharu Hari Ini

Spread the love

Selangor, 27 September 2025 – Boon Siew Honda hari ini meraikan majlis penyerahan rasmi kepada pemilik-pemilik baharu motosikal edisi istimewa Gold Wing 50th Anniversary di Metal Bees, Petaling Jaya.

Honda Gold Wing Tour, yang terkenal dengan kemewahan, kualiti dan keselesaannya, menandakan 50 tahun legasi sejak pengenalannya pada tahun 1975. Lebih daripada sekadar sebuah motosikal, Gold Wing kini menjadi ikon kebebasan dan pengalaman tunggangan premium yang tidak lapuk ditelan zaman.

Terhad hanya kepada 15 unit, edisi khas ini melambangkan kemuncak kemewahan dua roda serta menjadi simbol kebanggaan, status, dan keanggotaan dalam komuniti eksklusif.

Bagi memperingati ulang tahun ke-50 ini, Gold Wing 50th Anniversary Edition hadir dengan elemen eksklusif termasuk:

  • 2 pilihan warna istimewa: Eternal Gold dan Bordeaux Red Metallic

  • Lencana Ulang Tahun ke-50

  • Logo Gold Wing pada bahagian side fairings dan saddlebags

  • Sentuhan eksklusif pada center console khas serta rekaan kunci pintar

Selain itu, setiap daripada 15 pemilik turut menerima Pakej Hadiah Peringatan 50 Tahun yang merangkumi:

  • Model Meja Gold Wing 50th Anniversary

  • Buku Edisi Gold Wing 50th Anniversary

  • Kotak Peringatan Gold Wing 50th Anniversary

  • Sijil Plat Emas Gold Wing 50th Anniversary

Kunitomo Asano, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda berkata:

“Dengan reka bentuk eksklusif ulang tahun dan penampilan yang penuh berprestij, Gold Wing 50th Anniversary Edition berdiri sebagai simbol pencapaian, semangat, dan legasi yang abadi. Kami berbesar hati meraikan detik bersejarah ini bersama pemilik-pemilik baharu, sekaligus memperkukuh semangat komuniti Gold Wing yang menjadikannya benar-benar ikonik.”

Majlis ini juga menegaskan komitmen Honda dalam terus menawarkan motosikal premium, teknologi canggih serta perkhidmatan terbaik, di samping memperkukuh komuniti Gold Wing di Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *