(SUKAN) Yayasan MR D.I.Y. lancar Him & Her Health Run 2026

Spread the love

KUALA LUMPUR, 9 April 2026 – Yayasan MR D.I.Y. telah melancarkan edisi sulung Him & Her Health Run 2026, satu inisiatif seluruh negara  yang menyatukan rakyat Malaysia untuk mempromosikan kesihatan jantung serta meningkatkan kesedaran mengenai kanser menerusi larian santai sejauh 5KM.

Bertujuan  menggalakkan gaya hidup lebih sihat, acara ini  menjemput individu, keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama berlari, berjalan dan meraikan kesejahteraan.

Him & Her Health Run 2026 akan berlangsung di tiga lokasi: Pulau Pinang pada 17 Mei 2026, Sarawak pada 19 Julai 2026, dan Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2026. Terbuka kepada peserta berumur 5 tahun ke atas, larian ini menyediakan platform inklusif untuk komuniti bersama-sama menyokong satu tujuan yang bermakna.

Melalui inisiatif ini, Yayasan MR D.I.Y. berhasrat untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar lebih proaktif dalam mengambil langkah ke arah kesihatan yang lebih baik, di samping meningkatkan kesedaran mengenai penyakit jantung dan kanser. Him & Her Health Run 2026 bukan sekadar larian, malah satu gerakan yang menyatukan komuniti dalam usaha  menyokong gaya hidup yang lebih sihat.

Dana yang dikumpul daripada acara ini akan disalurkan kepada organisasi dan program berfokuskan kesihatan yang merangkumi aspek pencegahan dan pendidikan, sokongan rawatan serta penjagaan pesakit. Antara penerima manfaat termasuk Yayasan Jantung Malaysia, Sarawak Children’s Cancer Society, Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak (CAKNE), dan Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS).

Larian ini disokong oleh rangkaian rakan kerjasama yang kukuh, termasuk CUCKOO International (M) Berhad, Kumon Education Malaysia, Health Lane Family Pharmacy, The Mines Resorts and Hotels, Merdeka Waterfront Hotel, Delfi Marketing, Chuan Sin Sdn Bhd, dan NCS Science Sdn Bhd.

Pendaftaran kini dibuka dan akan ditutup pada:

  • 3 Mei 2026 untuk Pulau Pinang
  • 1 Julai 2026 untuk Sarawak
  • 1 Oktober 2026 untuk Kuala Lumpur

Peserta digalakkan untuk mendaftar lebih awal bagi memastikan penyertaan. Setiap peserta akan menerima kit larian santai yang merangkumi baju acara, tuala edisi terhad, topi larian, nombor bib, serta pingat penamat.

Daftar sekarang di https://www.mrdiy.com/him-her-health-fun-run-2026 untuk menjadi sebahagian daripada gerakan nasional ini demi kesihatan dan kesejahteraan komuniti. Untuk maklumat lanjut mengenai program kelestarian dan CSR Yayasan MR D.I.Y., layari laman web yayasanmrdiy.com atau ikuti Yayasan MR D.I.Y. di Facebook, Instagram dan TikTok.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *