(HIBURAN) Astro Bawakan Dua Konsert Mega Disember Ini, Tiket Kini Dijual

Spread the love

Kuala Lumpur, 3 November 2026 – Astro bakal membawakan dua konsert mega Disember ini menerusi Konsert Sooka pada 5 Disember dan Konsert Vaganza pada 6 Disember 2026. Kedua-dua konsert akan berlangsung pada jam 8 malam di Idea Live Arena, 3 Damansara, dengan tiket kini dibuka untuk jualan.

Konsert Sooka bakal menampilkan Kudrat Boys, The Lantis, Insomniacks, Bunkface dan Kugiran Masdo dalam sebuah malam penuh kemeriahan dengan persembahan bertenaga dan lagu-lagu popular yang pastinya mengajak peminat untuk turut menyanyi bersama. Para peminat boleh mendapatkan tiket menerusi enam kategori iaitu DISTORT (RM128), ATTACK (RM188), MOSH (RM208), GIG (RM258), SOLO (RM288) dan RIFF (RM388), merangkumi pilihan tempat duduk dan ruang berdiri mengikut kategori masing-masing.                                                                                                                  1

Sementara itu, Konsert Vaganza bakal menghimpunkan barisan artis popular termasuk Datuk Ziana Zain, Dato’ Ramli Ms, Tenxi, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Mimi Fly, Odda, Ratu, Ammara dan ALPHA, selain penampilan khas beberapa peserta Gegar Vaganza Fantasia. Peminat boleh memilih daripada sembilan kategori tiket iaitu GEMPAK (RM188), MANAGER (RM288), SUPERSTAR (RM388), MELETOP (RM488), IMPIAN (RM488), STAGE (RM588), KILA UAN (RM588), HIGH COUNCIL (RM688) dan GEGAR (RM788), yang turut menawarkan pilihan pengalaman berbeza termasuk kategori GEGAR dengan Meet & Greet Soundcheck Experience.

Tiket      untuk    kedua-dua          konsert               kini        boleh didapati              menerusi            Ticketmelon       di https://www.ticketmelon.com/astro/konsert.

Untuk maklumat lanjut, layari gempak.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *