Kerana Lelaki Itu, sebuah drama baru bagi slot Ratu akan menggantikan drama Dalam Setiap Sujud yang berakhir pada 25 Februari ini. Drama Kerana Lelaki Itu penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan Dr. Hanafi bersama pasangannya Diana, seorang peguam dan Syukri bersama Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana. Read more →
Tag: Ratu
(HIBURAN) TELEMOVIE DAN DRAMA TERBAIK DI TV9 (sepanjang Februari dan Mac )
TV9 sentiasa komited dalam menyediakan pelbagai drama dan telefilem terbaik dan menarik menerusi slot Ratu, Aurora, Skrin Di 9 dan Mutiara Hati. Bermula Februari ini, TV9 akan menyiarkan drama-drama baru dan telefilem yang penuh pengisian, lebih segar dan pastinya dibarisi para pelakon hebat dan juga memperlihatkan bakat-bakat baru dunia lakonan yang sedang meningkat naik. Pastinya anda tidak akan kecewa mahupun berganjak dari tempat duduk apabila menonton drama dan telefilem yang ditayangkan sepanjang Februari dan Mac ini di TV9. Read more →