Trio Hip Hop yang pernah menggegarkan tanahair sepanjang 90an, kini kembali memeriahkan persada seni dengan single terbaru mereka Belia Perwira. Kumpulan yang dianggotai oleh Affa, Dino and Nico, mula dikenali ramai sekitar tahun 1993 dengan lagu hit mereka, Inilah Nasibku. Mahu dikenali sebagai NICO G buat kali ini, kumpulan ini ditubuhkan setelah menerima tawaran rakaman album pada tahun 1991 daripada BMG Music selepas mereka memenangi sebuah pertandingan rap battle. Mengetengahkan irama muzik jalanan (street beat), NICO G mempunyai 2 buah album yang dihasilkan antara tahun 1992-1995 oleh komposer terkenal, Boon Tan dan sebuah lagi album hasil bersama NICO G dan Norman Rahman pada tahun 1995. NICO G menjadi satu fenomena kegilaan remaja di zaman 90-an dengan lagu rancak seperti seperti Untukmu Sayang, Engkau dan Aku, Kaulah Gadisku, dan banyak lagi. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) “TERINDAH” bersama Anuar Zain
Anuar Zain, yang sememangnya sinonim dengan persembahan Minggu Setiausaha akan kembali pada tahun ini dengan satu-satunya persembahan eksklusif beliau bersempena Minggu Setiausaha, pada 8 April di Hotel One World. Read more →
(HIBURAN) Lagu “Bahagiamu Deritaku“ nyanyian Hafiz Suip dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)
Lagu nyanyian Hafiz iaitu “Bahagiamu Deritaku“ telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) setelah berentap dengan 11 lagi lagu terbaik di pentas akhir Angerah Juara Lagu 28 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Juara AJL 28 kali ini membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 35,000 manakala naib juara AJL28 disandang oleh kumpulan Hyper Act menerusi lagu “Hanya Aku” dan membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 15,000. Tempat ke tiga pula dimiliki oleh gandingan duo Altimate dan Awi Rafael menerusi lagu “ Kalau Aku Kaya”. Persembahan terbaik juga dirangkul oleh Hafiz melalui lagu “Bahagiamu Deritaku“ dengan membawa pulang hadiah Trofi dan wang tunai RM 10,000 manakala vokal terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu “Ikut Rentakku”. Anugerah download ring tones celcom XPAX terbanyak milik “Bahagiamu Deritaku“ (Hafiz). Read more →
(HIBURAN) Tune Hotels anggap penajaan ‘Sleeq & Friends’ satu usaha dekati remaja
Drama muzikal terbaru terbitan Excellent Pictures ‘Sleeq & Friends’ yang dibintangi duo hip-hop popular dari Singapura, Alif Abdullah (Alyph Sleeq) dan Ahmad Syarifullah (Syarif Sleeq) akan menemui penonton di seluruh negara apabila ia mula ditayangkan menerusi saluran TVi RTM (Astro 180) bermula Jumaat ini 24 Januari jam 9 malam. Read more →





