Debaran bagi para penggiat muzik tanah air kini bermula! Selepas pengumuman barisan finalis pada akhir bulan November lalu, pastinya para peminat muzik tanah air tidak sabar menanti kelangsungan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang memperlihatkan persaingan sengit 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan pada 26 Januari nanti. Selepas kemenangan Yunalis Zarai dengan lagu ‘Terukir Di Bintang’ yang dipersembahkan oleh Aizat, lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu di AJL 28? Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) KONSERT UNGU “LIVE” DI MALAYSIA
Kumpulan dari Indonesia yang popular menerusi lagu “Demi Waktu” UNGU, bakal menemui peminat di Malaysia pada 28 Februari 2014 bertempat di Kenanga Wholesale City, Star Stage, Kuala Lumpur. Read more →
(HIBURAN) Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is.
“Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is” adalah sebuah garapan konsert amal eksklusif sebagai pembuka tirai tahun 2014. Konsert amal tersebut akan dilangsungkan pada tanggal 7 dan 8 Febuari 2014 ini, bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center. Yayasan Nurjiwa merupakan penganjur utama konsert ini dengan kolaborasi padu bersama Siti Nurhaliza Production dan juga SimplySiti Sdn Bhd. Read more →
(HIBURAN) “THE GLAMS GIRLS” juara Ceria Superstar musim ke 2
Kembara perjalanan yang jauh dari Utara tanah air membuahkan hasil buat kumpulan “THE GLAMS GIRLS” apabila dinobatkan sebagai juara Ceria Superstar musim ke 2 yang telah disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Kuala Lumpur. Kumpulan tarian cilik yang dianggotai oleh 5 anak kecil yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun ini terdiri daripada Puteri Nur Aliaa, Emisya Alias, Syarifah Nur Hayati, Nur Afriena Athirah dan Hazdiba Aziz ini telah merangkul hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dengan mengalahkan kumpulan ZEPPO YOUNGSTERZ CREW pada peringkat “battle” terakhir. Read more →
(HIBURAN) ‘Danial’ Juara Idola Kecil musim ke 6
Danial Cheur Bin Hamasiah atau lebih dikenali sebagai Danial telah dinobatkan sebagai juara IDOLA KECIL musim ke 6. DANIAL telah berjaya mengalahkan 4 lagi peserta akhir lain dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 diikuti pemenang di tempat kedua, Aby dan ketiga Dani. . DANIAL berjaya menghiburkan penonton dengan lagu baru berjudul MEMORI serta sebuah lagu pilihan ibu beliau iaitu WHEN I WAS YOUR MAN dendangan asal Bruno Mars. Read more →





