(HIBURAN) “THE GLAMS GIRLS” juara Ceria Superstar musim ke 2

Spread the love

IMG_4514

Kembara perjalanan yang jauh dari Utara tanah air membuahkan hasil buat kumpulan “THE GLAMS GIRLS”  apabila dinobatkan sebagai juara Ceria Superstar musim ke 2 yang telah disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Kuala Lumpur. Kumpulan tarian cilik yang dianggotai oleh 5 anak kecil yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun ini terdiri daripada Puteri Nur Aliaa, Emisya Alias, Syarifah Nur Hayati, Nur Afriena Athirah dan Hazdiba Aziz ini telah merangkul hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dengan mengalahkan kumpulan ZEPPO YOUNGSTERZ CREW pada peringkat “battle” terakhir.

ceria superstarsmall

Kumpulan ZEPPO YOUNGSTERZ CREW yang tewas di persaingan ‘battle’ pula membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan trofi serta tambahan wang tunai RM3,000 apabila dipilih untuk Anugerah Calciyum Yakin & Lasak tajaan pihak penaja. Kumpulan lain yang layak untuk pusingan akhir ini adalah WARISAN N9 dan NATION ONE yang tersekat pada pusingan pertama pentas akhir ini. Juri-juri yang memberikan kemenangan mutlak kepada “THE GLAMS GIRLS” terdiri daripada saudara Alam WAKAKA, Belalang serta Stacy. Pentas akhir ini dihos kan oleh deejay ERA iaitu Khairil Azam Pilus (Aril AF).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *