(HIBURAN) ‘Danial’ Juara Idola Kecil musim ke 6

Spread the love

IMG_4408

Danial Cheur Bin Hamasiah atau lebih dikenali sebagai Danial telah dinobatkan sebagai juara IDOLA KECIL musim ke 6. DANIAL telah berjaya mengalahkan 4 lagi peserta akhir lain dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 diikuti pemenang di tempat kedua, Aby dan ketiga Dani. . DANIAL berjaya menghiburkan penonton dengan lagu baru berjudul MEMORI serta sebuah lagu pilihan ibu beliau iaitu WHEN I WAS YOUR MAN dendangan asal Bruno Mars. 

IMG_4399

Konsert akhir Idola Kecil musim keenam yang dibawakan secara langsung dari Kompleks­ Sukan Panasonic, Shah Alam ini juga menetengahkan finalis-finalis lain seperti Aleeya (Nor Alleeya Nor Edwan, 12) dan Eeqah (Shafiqah Amira Bt Sukor, 12). Penyanyi Tomok, Syafinaz dan Noh HUJAN dijemput sebagai pengkritik manakala AG Coco dan Cikgu Delly bertindak sebagai tenaga pengajar bersama-sama Fuzzwayne selaku guru tari Idola Kecil musim keenam.

idola K 6small


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *