Category: Semasa

(SEMASA) TABUNG TV3 BERSAMAMU MENERIMA SUMBANGAN RM 48,996 DARIPADA JULIE’S

Sesi Penyampaian Cek Julie's Kepada Tabung TV3 Bersamamu (2)

Aktiviti kemasyarakatan “TV3 & TV9 Uli – Uli Biskut Raya Bersama Julie’s” yang telah berlangsung pada 15 Julai 2012 di kilang biskut Julie’s di Masjid Tanah, Melaka sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan melibatkan lebih 500 penyertaan daripada orang ramai serta kehadiran personaliti TV, chef dan artis popular tanahair. Read more →

(SEMASA) Pelancaran Blackberry Z10

IMG_6173

BlackBerry Malaysia (NASDAQ: BBRY TSX: BB) hari ini melancarkan BlackBerry terbaru Blackberry Z10 di Malaysia. BlackBerry Z10 (skrin sentuhan) adalah telefon pintar pertama yang dijanakan oleh platform BlackBerry 10. Platform  Blackberry ini telah direka semula (re-designed), kejuruteraan semula (re-engineered) , dan dicipta semula (re-invented ) untuk memberi pengalaman pengkomputeran  mudah alih yang terbaru dan unik. Terdapat dalam dua warna pilihan untuk telefon pintar terbaru ini iaitu Hitam dan Putih. BlackBerry Z10 akan berada di pasaran bermula 9 Mac 2013 dengan syarikat telekomunikasi  Maxis akan memulakan program pra-pendaftaran bermula esok 21 Februari 2013 diikuti oleh syarikat telekomunikasi Celcom dan DiGi pada 8 April 2013. Harga cadangan untuk Blackberry Z10 untuk pasaran Malaysia adalah sekitar RM2188. Read more →

(SEMASA) Hans Isaac & Mizz Nina di malam kemuncak Bella Awards 2013

image001

Penyanyi terkenal Mizz Nina kini diumumkan secara rasmi sebagai artis yang bakal membuat persembahan pembuka di anugerah berprestij yang bakal meraikan golongan wanita – Bella Awards – pada 2 Mac 2013 secara langsung dari Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur. Read more →

(SEMASA) BELLA AWARDS 2013: ANUGERAH UNTUK PILIHAN ORANG RAMAI

Bella Awards LogoSMALL

Undi calon kegemaran anda di rancangan anugerah wanita pertama di Malaysia 

Pelbagai perkara yang harus dinantikan di rancangan anugerah wanita pertama Malaysia – Bella Awards – yang bakal berlangsung kurang dari tempoh sebulan. Lebih menarik apabila empat kategori tambahan bakal ditentukan melalui pengundian pilihan orang ramai baru diumumkan bulan lalu yang memberikan peluang kepada anda untuk memilih calon kegemaran anda sendiri. Read more →

(SEMASA) BELLA OFFICIAL CORRESPONDENT: undi pilihan anda!

Bella Official Correspondent

Top 6 (dari kiri) – Ashley Chan, Nadia Alisya Norzudhy, Isooda Ajdari, Marlisa Halidi, Brittany Victoria Cahill,& Nabilah Huda Bt Malek

Hanya seorang gadis berbakat dan bertuah sahaja yang bakal dipilih ntv7 menerusi pencarian “Bella Official Correspondent” dan mereka bakal berkongsi tumpuan lensa media dan orang ramai bersama selebriti-selebriti glamor, tokoh-tokoh wanita terkenal negara dan calon-calon finalis hebat di malam kemuncak Bella Awards 2013. Lebih penting adalah mereka akan menggalas tugas penting dalam mengacarakan acara karpet merah secara langsung seawal 8.30 malam di ntv7. Read more →