(SEMASA) BELLA AWARDS 2013: ANUGERAH UNTUK PILIHAN ORANG RAMAI

Spread the love

Bella Awards LogoSMALL

Undi calon kegemaran anda di rancangan anugerah wanita pertama di Malaysia 

Pelbagai perkara yang harus dinantikan di rancangan anugerah wanita pertama Malaysia – Bella Awards – yang bakal berlangsung kurang dari tempoh sebulan. Lebih menarik apabila empat kategori tambahan bakal ditentukan melalui pengundian pilihan orang ramai baru diumumkan bulan lalu yang memberikan peluang kepada anda untuk memilih calon kegemaran anda sendiri.

Orang ramai boleh menghantar undi buat calon kegemaran mereka di http://apps.ntv7.com.my/bellaawards dari 1- 28 Februari 2013 atau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) ke 33399 di mana setiap undi akan dikenakan bayaran RM0.50 termasuk caj telko. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web rasmi Bella Awards.

Empat kategori anugerah yang dibuka untuk undian orang ramai adalah Bella On-Screen Award, Bella On-Stage Award, Bella Sports Award, dan Bella Radio Award.

BELLA ON-SCREEN AWARD akan mengiktiraf wanita yang telah menerima pelbagai pencapaian di layar skrin seperti pelakon dan penyampai TV di mana kategori ini telah menyenaraikan Cheryl Samad, Debbie Goh, Karena Teo, Lisa Surihani, Maya Karin, Nora Danish, Nur Fazura, Ong Ai Leng, Siti Saleha, dan Thanuja Ananthan sebagai calon-calonnya.

BELLA ON-STAGE AWARD pula bakal meraikan para wanita yang memberikan impak kepada bidang muzik, teater, komedi, tarian, seni persembahan dan bidang berkaitan. Calon-calon bagi anugerah ini adalah Anita Sarawak, Dato’ Sheila Majid, Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Joanna Bessey, Joanne Kam Po Po, Ning Baizura, Shila Amzah, Soo Wincci, dan Suhaili Micheline.

Tidak ketinggalan adalah golongan atlet wanita yang bakal diiktiraf melalui BELLA SPORTS AWARD di mana Amirah Syahirah Mohd Zulkefli, Cheong Jun Hoong, Datuk Nicol David, Goh Liu Ying, Noraseela Mohd Khalid, Nur Suryani Mohamed Taibi, Nurul Syafiqah Hashim, Pandelela Rinong, Tee Jing Yi, dan Datin Wong Mew Choo telah disenaraikan sebagai calon-calon bagi kategori itu.

Penyampai radio wanita Malaysia juga pasdtyinya tidak ketinggalan dengan calon-calon seperti Dilly, Fara Fauzana, Hunny Madu, Linda Onn, Patricia K, Sara-Jane Lo, Sarimah Ibrahim, Serena C, Yoon Ng, dan Tham Zher Pheen telah tersenarai dalam kategori BELLA RADIO AWARD.

Saluran Ceria Anda, ntv7 merupakan perintis penganjuran Bella Awards yang merupakan rancangan anugerah pertama seumpamanya yang mengiktiraf, merai dan memberi penghormatan kepada golongan wanita.

Selain empat kategori ini, Bella Awards turut mempertandingkan 5 kategori lain – Bella Creative Award, Bella Style Award, Bella Beautiful Award, Bella Business Award, and Bella Heart Award. Pemenang bagi setiap kategori akan ditentukan panel juri khas berdasarkan sumbangan, pencapaian serta portfolio calon-calon finalis.

Selain wanita, sebuah lagi anugerah khas buat golongan LELAKI tidak ketinggalan yang dipilih berdasarkan sumbangan mereka kepada wanita dan masyarakat secara umum melalui anugerah Bella Mars Award.

Sementara itu anugerah paling unggul pada malam itu dan menjadi rebutan adalah “The Bella Award”. Pengiktirafan istimewa ini tidak hanya tertakluk kepada calon-calon yang tersenarai di dalam kategori-kategori yang dipertandingkan.

Bella Awards akan bersiaran secara langsung pada 2 Mac 2013 pada pukul 9.00 hingga 10.30 malam. Manakala acara permaidani merah Sparkle Red Carpet akan disiarkan seawal jam 8.30 malam eksklusif di ntv7. Live Streaming acara penganuferahan itu boleh ditonton di www.ntv7.com.my/bellaawards.

Cara Undian:-

BELLA ON-SCREEN AWARD sms BELLA <jarak> Kod Calon ke 33399
Contoh: BELLA BA1 dan hantar ke 33399
Cheryl Samad BB2
Debbie Goh BB4
Karena Teo BB10
Lisa Surihani BB6
Maya Karin BB9
Nora Danish BB3
Nur Fazura BB1
Ong Ai Leng BB5
Siti Saleha Baharom BB7
Thanuja Ananthan BB8

 

BELLA ON-STAGE AWARD sms BELLA <jarak> Kod Calon ke 33399
Contoh: BELLA BA1 dan hantar ke 33399
Anita Sarawak BA6
Dato’ Sheila Majid BA2
Dato’ Siti Nurhaliza BA1
Jaclyn Victor BA7
Joanna Bessey BA10
Joanne Kam Po Po BA3
Ning Baizura BA5
Shila Amzah BA4
Soo Wincci BA8
Suhaili Micheline BA9

 

BELLA SPORTS AWARD sms BELLA <jarak> Kod Calon ke 33399
Contoh: BELLA BA1 dan hantar ke 33399
Amirah Syahirah Zulkifl BD10
Cheong Jun Hoong BD9
Datuk Nicol David BD2
Goh Liu Ying BD8
Noraseela Khalid BD4
Nur Suryani Taibi BD3
Nurul Syafiqah Hashim BD6
Pandelela Rinong BD1
Tee Jing Yi BD7
Wong Mew Choo BD5

 

 

BELLA RADIO AWARD sms BELLA <space> Artist Code to 33399
Example: BELLA BA1 to 33399
Hunny Madu BC6
Fara Fauzana BC1
Linda Onn BC2
Patricia K BC9
Sara-Jane Lo BC10
Serena C BC8
Sarimah Ibrahim BC5
Yoon Ng BC3
Zher Penn BC4
Dilly BC7

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *