(SEMASA) BELLA OFFICIAL CORRESPONDENT: undi pilihan anda!

Spread the love

Bella Official Correspondent

Top 6 (dari kiri) – Ashley Chan, Nadia Alisya Norzudhy, Isooda Ajdari, Marlisa Halidi, Brittany Victoria Cahill,& Nabilah Huda Bt Malek

Hanya seorang gadis berbakat dan bertuah sahaja yang bakal dipilih ntv7 menerusi pencarian “Bella Official Correspondent” dan mereka bakal berkongsi tumpuan lensa media dan orang ramai bersama selebriti-selebriti glamor, tokoh-tokoh wanita terkenal negara dan calon-calon finalis hebat di malam kemuncak Bella Awards 2013. Lebih penting adalah mereka akan menggalas tugas penting dalam mengacarakan acara karpet merah secara langsung seawal 8.30 malam di ntv7.

6 finalis yang telah dipilih adalah Ashley Chan, Nadia Alisya Norzudhy, Isooda Ajdari, Marlisa Halidi, Brittany Victory Cahill dan Nabilah Huda Bt Malek. Pemenang pencarian ini akan dipilih berdasarkan undi umum (50%) dan undian para hakim (50%). Orang ramai juga boleh memainkan peranan mereka dengan merealisasikan impian mereka salah seorang gadis ini dengan mengundi mereka bermula  1 – 14 Februari 2013 menerusi http://apps.ntv7.com.my/bellaawards. Bagi mereka yang ingin lebih mengenali finalis Bella Official Correspondent, saksikan segala persona, aksi dan drama mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan menerusi laman web tersebut.

 “Bella Official Correspondent” bukan sahaja mencari wajah baru dalam bidang pengacaraan malah mencari pemenang yang mempunyai pakej lengkap dengan pelbagai kualiti seperti bijaksana dan memiliki pengetahuan dalam bidang fesyen serta industri hiburan. Mereka juga harus petah berbicara dan mempunyai kemahiran dalam ketrampilan diri untuk layak menjadi pengacara buat acara karpet merah, Sparkles Red Carpet nanti.

Pencarian bermula dengan pemilihan dalam sesi ‘scouting’ yang dijalankan pada Disember 2012 di beberapa lokasi di Lembah Klang termasuklah di pusat beli belah 1 Utama, Lot 10, KLCC dan Sunway Pyramid.

Sesi pencarian itu telah berjaya mengumpul ramai gadis berbakat walaupun dipilih di kalangan orang ramai berdasarkan pemerhatian pakar oleh penerbit eksekutif rancangan temubual Bella sendiri, Intan Noorbaizura serta gabungan duo penyampai radio lucu dari Fly FM – Phat Fabes dan Ben. Selepas beberapa penilaian hanya enam finalis yang layak ke peringkat seterusnya dan dipaparkan dalam siri laman web.

Bagi melihat keupayaan dan kemampuan mereka dalam merebut peluang mengacarakan acara karpet merah berprestij itu, beberapa cabaran dan tugasan diberikan bagi menguji kemahiran mengacara mereka, pengetahuan am, citarasa berfesyen, bersolek dan pelbagai lagi. Mererka juga turut diberikan bimbingan oleh mentor-mentor mereka sendiri.

Pemenang “Bella Official Correspondent” akan diumumkan pada 18 Februari 2013. Pastikan anda nantikan keputusannya dan terus mendapatkan maklumat lanjut di www.ntv7.com.my atau ikuti ntv7 menerusi akaun Facebook atau Twitter.

Pencarian ini adalah salah satu aktiviti promosi untuk Bella Awards yang merupakan rancangan anugerah pertama seumpamanya yang mengiktiraf, merai dan memberi penghormatan kepada golongan wanita.  Bella Awards 2013 akan bersiaran secara langsung pada 2 Mac 2013 pada pukul 9.00 hingga 10.30 malam. Manakala acara permaidani merah Sparkle Red Carpet akan disiarkan seawal jam 8.30 malam eksklusif di ntv7. Live Streaming acara penganugerahan itu pula boleh ditonton di www.ntv7.com.my/bellaawards.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *