(HIBURAN) FIVE MINUTES PROMOSI ‘GALAU’ DI KUALA LUMPUR

Spread the love

5minutes
Kumpulan dari Indonesia yang menamakan diri mereka ‘Five Minutes Band” yang popular dengan lagu “Galau” kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan promosi album single mereka.  5 Minutes Band sempat mempersembahkan lagu-lagu mereka pada majlis pelancaran album mini tersebut di Hard Rock Cafe, Rabu lalu. Kenapa bergelar 5 minutes? Menjawab soalan itu kata mereka, “ia disebabkan kumpulan kami bertemu dan ditubuhkan kurang daripada lima minit.”
Ditubuhkan 18 tahun lalu, namun ini kali pertama hadir dan bertemu para peminatnya di Malaysia malah kumpulan berasal dari Bandung yang dianggotai olehmenanggap hubungan baik dan mesra melayan peminat antara penyebab mereka mampu bertahan lama sehingga kini.
“Jatuh bangun kami berada di tangan peminat. Kerana itu kami sering berhubung dengan peminat menerusi laman sosial seperti facebook, twitter dan Instagram,” ujar Ricky Tjahyadi. Menurut Richie pula selaku vokalis, kehadiran mereka di Malaysia sudah lama dipendamkan dan rasa terharu lagu-lagu mereka terutamanya lagu “Galau” diterima khalayak ramai.  “Galau” merupakan salah satu lagu daripada album mini yang diterbitkan di mana antara lagu lain termasuklah ‘Selalu Menunggu” (merupakan single kedua untuk edaran di Malaysia), ‘Aku dan Kamu’, ‘Tambatan Hati”, “Itukah Dirimu’, ‘Selalu Menunggumu’ feat Joe & Beeny Saintloco dan  ‘Fivers’,  diedarkan oleh MVM Production Sdn. Bhd., selaku syarikat rakaman tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2007. Antara artis lain di bawah naungan MVM meliputi Saleem, Kristal dan Ezad Lazim. Malah MVM Production berjaya mencipta nama penyanyi sepertti Ainan Tasneem dan Zzati apabila kedua-duanya menjadi antara idola remaja dan artis diminati ramai.
kredit artikel : Fariza Saidin

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *