(HIBURAN) Aamin Yusoff pertaruhkan  ‘Penyakit Hati’

Spread the love

Rocketfuel Entertainment memperkenalkan seorang bintang muda iaitu Aamin Yusoff. Bakatnya itu dilihat menerusi sosial media Instagram yang mana beliau sangat aktif menyanyikan lagu “cover” di sosial media. Aamin Yusoff berasal dari Johor Bahru dan berumur 23 tahun. Single “Penyakit Hati” ini juga dicipta sepenuhnya oleh Aamin yusoff sendiri dan gubahan muzik oleh AG coco.

 “Single ‘Penyakit Hati’ ini mengisahkan tentang seorang remaja yang sudah serik bercinta kerana sering kali gagal. Tidak mahu gagal lagi, beliau berhenti dari mencari cinta agar hatinya tidak disakiti lagi. Lagu yang bengenre pop ini juga mempunyai melodi yang “catchy” ,mesra pendengar, dan mudah untuk dihafal, selari dengan evolusi muzik terkini . Melodi ke penulisan lirik untuk lagu ini mengambil masa yang lama kerana saya masih baru dalam bidang ini dan harus berhati hati. Proses rakaman di studio berjalan dengan lancar kerana di bombing juga oleh Ag Coco sebagai produser lagu ini. Saya berharap orang ramai dapat menerima hasil kerja pertama saya ini.” – Aamin Yusoff

 

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.,

“Apa yang boleh kita lihat, Aamin Yusoff seorang anak muda yang berbakat besar, ada keyakinan diri dan boleh mencipta lagu sendiri pada usia yang muda. Kita amat memerlukan bakat seperti ini didalam industri muzik tanah air agar boleh menjadi pelapis pada masa akan datang. Dengan buah tangan yang dihasilkan oleh Aamin Yusoff sendiri kami berharap lagunya “Penyakit Hati” dapat diterima baik penggemar muzik Malaysia.”

Single ‘PENYAKIT HATI’ ini diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia bermula pada hari ini.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *