(HIBURAN) ACARA MENCORAK ARCA TERBESAR ANUGERAH JUARA LAGU 27

Spread the love

1 Disember 2012 – Setelah 12 buah lagu terbaik daripada Hafiz & Adira, Azlan & The Typewriter, Stacy, One Nation Emcees & Jimmy Palikat, Yuna, Amir Jahari, Bedroom Sanctuary, Black & RJ, Hazama & Amy Search, Mojo dan Shila Amzah telah berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 27. Pihak penganjur TV3 telah mengadakan satu acara untuk mencorak arca logo AJL 27. Acara ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) dengan cara menggabungkan seni dan muzik di dalam satu acara mencorak arca logo AJL 27 yang diketuai oleh pelukis-pelukis terkenal tempatan iaitu Orkibal, An-Nyssa (Yante Ismail) dan Donald Abraham bersama finalis AJL 27, ahli-ahli MyTV3, para pelajar IACT serta para peminat telah berlangsung di 3 lokasi secara serentak pada hari hari ini.

Ketiga-tiga lokasi tersebut adalah :

Wangsa Walk ( Orkibal, Shila Amzah, Black & RJ)

Central Market (An-Nyssa, One Nation Emcees & Jimmy Palikat,      Mojo)

Sogo (Donald Abraham, Adira, Amir Jahari, Bo Amir (Bedroom Sanctuary) 

Acara hari ini bukan sahaja membuka ruang kepada artis untuk mengekpresikan diri tetapi juga dapat mengeratkan hubungan antara pelukis dan finalis AJL 27 serta orang ramai sebagai tanda sokongan terhadap industri seni tanahair. Pihak Galaksi Media Online sempat singgah ke perkarangan pusat membeli belah SOGO bagi merakam detik-detik menarik di sekitar majlis tersebut.


Spread the love

One comment on “(HIBURAN) ACARA MENCORAK ARCA TERBESAR ANUGERAH JUARA LAGU 27

  1. nurul huda bt hassan says:

    terbaik lah mencorak bersama krew mytv3, artis adira all, like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *