(HIBURAN) Aishwarya Rai berkongsi kisah hidup dan isu yang dekat di hatinya bersama Daphne Iking dalam rancangan Bella

Spread the love

aishwarya rai interview01

Siapa sahaja yang tidak mengenali Aishwarya Rai? Pelakon jelita yang dinobatkan di antara wanita tercantik di dunia. Bukan sekadar meniti di bibir peminat filem Bollywood, malah Aishwarya memang gah sebagai artis antarabangsa di persada dunia. Baru-baru ini Aishwarya melakukan kunjungannya ke Malaysia sempena pelancaran butik produk jenama terkemuka dan rancangan temubual wanita ntv7Bella – berjaya mendapatkan liputan eksklusif daripada beliau. Mengemudi temubual yang bakal membawa sisi lain ke dalam hidup peribadi Aishwarya Rai adalah Daphne Iking.

ASHAsmall

Pelakon berusia 39 tahun yang juga sudah berstatus ibu itu juga bakal mencurahkan pandangannya mengenai HIV dan isu rogol yang hangat diperkatakan di India. Beliau juga bakal bercerita mengenai yayasan yang ditubuhkannya (Aishwarya Rai Foundation) dan kisah bayi perempuannya yang kini berusia 18 bulan, Aaradhya Bachchan yang begitu bermakna baginya.

Saksikan temubual eksklusif ini di rancangan Bella di Saluran Ceria Anda, ntv7 pada 18 Jun 2013 (Selasa), jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bersama hos anda, Daphne Iking.

Memberikan ruang dalam berkongsi isu berkaitan wanita, rancangan temubual Bella merupakan rancangan siaran langsung selama sejam yang bersiaran lima hari setiap minggu pada Ahad (1.30 petang hingga 2.30 petang) dan setiap hari Isnin hingga Khamis (11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari). Rancangan Bella juga menampilkan tiga orang pengacara Daphne Iking, Elaine Daly dan Vanessa Chong.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bella, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 menerusi akaun Facebook dan Twitter.

###


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *