(HIBURAN) ALTIMET MELANCARKAN ALBUM TERBARU – “AMBOI”

Spread the love

Altimet telah melancarkan album terbaru beliau yang diberi judul AMBOI pada 13 Disember 2016.  AMBOI membawakan 9 buah lagu baru dengan sentuhan ramai produser hebat seperti SonaOne, Navigator, DJ Fuzz, Noh Salleh, Emir Hermono, Switch dan Fauzi Marzuki. Turut sama menjayakan lagu-lagu ini, terima kasih kepada artis-artis kolaberasi seperti The Kawan Band, Aman-Ra, Diandra Arjunaidi, Adeep Nahar & Amir Jahari.

AMBOI telah ditulis dan dirakamkan dalam masa sebulan sahaja, dengan proses yang diselia ketat oleh Altimet.

 

“Kesemua lagu di dalam album ini telah ditulis secara spontan di studio rakaman. Saya tidak membenarkan diri saya menulis lirik di tempat lain. Tindakan ini sengaja saya lakukan kerana mahu mencabar diri saya sendiri dalam proses penulisan lirik dan pembikinan lagu di luar kebiasaan saya.”. – Altimet

Seiringan dengan pelancaran album, Altimet juga berkolaberasi dengan AkuDesign dalam satu siri cenderamata dan barangan yang eksklusif dan terhad yang diberi nama #AkuAltimet. Peminat dapat membeli barangan #AkuAltimet ini secara online dengan melayari sesawang rasmi Altimet (www.altimet.com.my) dan juga boleh menyemak senarai kedai yang menjual barangan ini di seluruh Negara.

 

Pengedaran bersama oleh Kartel Industries & Sony Music Entertainment (Malaysia), AMBOI akan berada di pasaran, di kedai-kedai dan platform digital bermula 27 November 2016.

Kenali Altimet

Altimet seorang rapper yang telah memenangi beberapa anugerah, penghibur, penulis lagu dan produser dari Malaysia. Ahmad bin Abdul Rahman (dilahirkan pada 27 November 1978), atau lebih dikenali sebagai Altimet, diakui sebagai salah seorang penggerak yang aktif dalam industry muzik Malaysia, juga tersenarai dalam “individuals who are shaping Malaysia” (August Man Magazine 2010 issue). Penghargaan ini diberi atas usaha berterusan beliau lebih 10 tahun dalam memperjuangkan kariernya dalam industry muzik tempatan, di mana kita dapat lihat beliau telah memecah rekod, meraih anugerah dan pernah memenuhi carta #1 dengan 7 buah lagu single.

 

Dari melakar sejarah lagu hip-hop pertama berjudul “Kalau Aku Kaya” yang merangkul tempat ketiga di anugerah paling berprestij di Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke 28, hingga menulis dan menghasilkan lagu :Pencuri” untuk Mark Adam, lagu yang telah mendapat #1 di carta radio, pencapaian dan kejayaan Altimet terus meningkat.

 

Mac 2016, Altimet mengorak langkah bersama sebuah kumpulan yang diberi nama Altimet & The Kawan Band memulakan jelajah muzik di London, England dan berakhir di Austin, Texas, USA menghadiri Festival SXSW yang diiktiraf dunia dan ,ereka merupakan wakil tunggal dari Malaysia pada tahun ini membuat beberapa persembahan di sana.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *