(HIBURAN) ANUAR ZAIN – Tiga Dekad Muzik, Cinta Dan Sanubari

Spread the love

Anuar Zain bakal meraikan ulang tahunnya selama 30 tahun dalam industri muzik Malaysia melalui konsert mega pertama beliau di Stadium Putra, Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari. Mengambil judul Tiga Dekad Muzik, Cinta dan SanubariAnuar Zain akan menyampaikan sendiri barisan lagu beliau tanpa jemputan istimewa mana mana artis tempatan. Istimewanya pada malam konsert nanti, Anuar Zain bakal secara eksklusif  mempertontonkan muzik video ‘Sempurnakan Aku’ yang merupakan kesinambungan lagu Ajari Aku. Video muzik di Youtube itu kini telah mencapai lebih 93,000 hits. Lebih menggembirakan, single Ajari Aku telah berjaya menempatkan dirinya di carta radio tempatan.

Berita yang semestinya akan menarik perhatian peminat Anuar Zain yang berada di luar Kuala Lumpur. Pihak Anuar Zain Network juga mengumumkan sebuah kerjasama dengan agensi pelancongan di mana satu pakej perjalanan eksklusif untuk peminat-peminat Anuar dari Kota Bharu, Jertah, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura. Pakej ini dinamakan ” 3 Dekad 1 Destinasi “.

Tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta & sanubari berharga antara RM88 dan RM698, dimana jualan tiket akan bermula pada 12:00 tgh, pada 12 Disember 2012 melalui laman TiketCharge (www.ticketcharge.com.my) dan cawangan rasminya. Diskaun khas awal sebanyak 15% akan ditawarkan kepada 1,000 pembeli pertama, antara 12 hingga 19 Disember. Bagi jualan tiket pukal, sila hubungi Anuar Zain Network di 0124642030. Tidak lupa, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook milik Anuar Zain yang rasmi iaitu www.facebook.com/anuarzainnetwork.

foto kredit : Sam Kassim / Anuar Zain Network


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *