(HIBURAN) ASTRO FIRST EKSKLUSIF membawa aksi ngeri dan cemas menerusi QADR dan PANIK

Spread the love

IMG_4530

ASTRO FIRST memulakan tahun baru dengan bertenaga apabila bakal menampilkan dua filem televisyen (FTV) definisi tinggi (HD) iaitu QADR dan PANIK. 

IMG_4543

QADR bakal memulakan tayangan pada 16 Januari 2014 mengisahkan tentang enam watak utama yang ditakdirkan bertemu apabila keenam-enam mereka terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri. QADR dibintangi oleh Beto Khusyairi, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Kismah Johar , Tunku Hanis dan Zain Hamid serta mendapat sentuhan pengarah Faisal Ishak.

IMG_4548

PANIK pula bakal bersiaran pada 20 Mac 2014 yang merupakan filem tv arahan sutradara terkenal Indonesia, Hanung Bramantyo.  Filem ini menampilkan Nadia Nissa, Zul Ariffin, Naomi Ivana serta Dony Alamsyah mengisahkan seorang ibu yang panik apabila anak perempuannya yang berusia lapan tahun hilang di pusat membeli belah di Jakarta.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *