(HIBURAN) CLIXSTER MOBILE terjun ke dunia hiburan

Spread the love

clicster

Bertempat di ibu pejabat Clixster Mobile di Sri Hartamas, telah berlangsungnya majlis iftar bersama jemputan khas, artis, anak yatim dan seluruh kakitangan Clixster Mobile. Pada majlis ini, Clixster Mobile telah menyampaikan sumbangan pertama kepada artis di bawah naungan PERFORMA yang layak. Selain itu, turut memberikan sumbangan hari raya kepada anak yatim 9 orang yang terdiri dari satu keluarga yang kehilangan ibu bapa mereka dalam satu kemalangan jalan raya.

Untuk pengetahuan pembaca, baru-baru ini “Tabung Harapan” yang diusahakan oleh Clixster Music (anak syarikat Clixster Mobile) bersama PERFORMA (Persatuan Pemuzik Professional Malaysia) telah dilancarkan pada 27 Jun yang lalu.  Objektif utama tabung ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan artis yang memerlukan. Antara penerima pertama sumbangan dari tabung tersebut antaranya Yazit Search, Allahyarham Samad Lefthanded , Aida Agil dan Zainal Rampa.

Majlis ini juga kan diserikan dengan kehadiran artis-artis terkenal seperti Aris Ariwatan, Bagio (Damasutra), Ayu (One In A Million), Aidil Ghafar, Poe, Eda Moin, Maya Matahari, Fazly Zainal, Rohana Jalil, REM dan ramai lagi. Clixster Mobile melalui anak syarikat Clixster Music bakal mengembangkan sayap perniagaan mereka dalam bidang hiburan dan rakaman lagu dimana barisan-barisan artis tersebut akan menjadi perintis dalam perkembangan perniagaan dalam industri muzik. Bakal berkerja sama dengan rangkaian kedai 24 jam 7-ELEVEN, Clixster Music menyasarkan permulaan harga serendah RM9.90 untuk CD muzik artis rakaman mereka.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *