(HIBURAN) DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR 2019 JELAJAH JAKARTA, SINGAPURA, KUALA LUMPUR

Spread the love

Kuala Lumpur, 18 Disember 2018- Jangan ketinggalan menjelajah bersama penyanyi Dato ‘Sri Siti Nurhaliza dalam perjalanan muzik yang bakal meraikan lebih daripada dua puluh tahun keberadaan beliau di dalam bidang seni suara. Mari bersama-sama meraikan momen untuk menikmati vokal, muzik dan legenda ini sendiri dalam konsert jelajah terbesar beliau.

Penjelajahan dengan judul “DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR”, ‘bersuara’ melalui konsert itu sendiri . Sebuah perjalanan muzikal yang akan membawa khalayak bernostalgia dengan satu demi satu lagu hits beliau dan digubah semula untuk mengoncang debaran rasa serta membuatkan para peminat dapat menikmatinya bersama-sama.

Setiap segmen persembahan akan menampilkan yang terbaik dari yang terbaik; Segmen Etnik/Tradisional, Balada, Carta Unggul dan segmen Unplugged ~ Semua muzik dihasilkan dan diatur semula oleh pemuzik extraordinaire, Aubrey Suwito bersama band All-Starnya. Aubrey bertindak memilih sendiri para pemuzik yang bakal mengiringi jelajah muzik ini yang terdiri dari pemuzik Kota New York hinggalah kepada pemuzik luar biasa tempatan yang telah bersama Siti sejak mula perjalanan kariernya.

Konsert ini juga akan mengundang penyanyi lelaki Indonesia yang  hebat, TULUS. Gabungan kedua-dua suara yang luar biasa itu pasti menghasilkan momen yang ajaib. TULUS bakal menjadi penyanyi undangan jelajah konsert ini dan membawakan lagu-lagu hitsnya yang pastinya tidak patut dilepaskan oleh para peminat setianya. Siapa tahu para penonton konsert bakal melihat sebuah lagu duet antara dua penyanyi hebat ini sebelum lagu itu dilancarkan.

Bercakap tentang pelancaran, sebuah buah tangan istimewa, Filem Dokumentari juga akan dilancarkan di layar lebar.

“They Call Me Siti”

Seorang wanita, dua dekad seni, beribu perjalanan

Filem dokumentari ini akan membawa penonton melalui perjalanan belakang tabir sepanjang konsert jelajah ini berlangsung. Bakal menyaksikan bagaimana dalam kesibukan beliau menjaga buah hatinya, Siti Aafiyah dan menjalani latihan tari, muzik, fitness sehingga ke setiap lokasi konsert berlangsung.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan sejarah dan momen #SitiNurhalizaOnTour

Terdapat pakej Meet & Greet khas untuk peminat Dato ‘Sri Siti Nurhaliza. Tiket Meet & Greet memberi peminat peluang untuk mendekati Dato ‘Sri Siti Nurhaliza sehari selepas konsertnya. Pakej ini termasuk tiket konsert, t-shirt percuma, CD dan minuman di sesi Meet & Greet. Jangan ketinggalan merebut peluang keemasan ini.

Para peminat juga berpeluang membeli barangan istimewa Limited Edition di lokasi konsert.

“DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR”, “ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan merupakan jelajah berterusan selama 2 tahun. Tiket konsert boleh didapati di www.mytickets.asia mulai 26 December 2018. Untuk maklumat lanjut sila layari www.shirazprojects.com atau hubungi 012 2560082.

INFOMASI KONSERT

Tarikh:                           21 Februari 2019                            Istora Senayan, Jakarta

                                         2 Mac 2019                                       Singapore Expo, Singapura

                                         16 Mac 2019                                    Arena Axiata, Kuala Lumpur

Harga Tiket:               RM1295 (Meet & Greet), 495 (Diamond), 355 (Platinum), 255 Gold, 155

                                       (Silver), 105 (Bronze)

Tiket:                             www.myticket.asia

Tiket Hotline:              03 8605 0196, 012 3695457

Laman web:                www.shirazprojects.com

Maklumat Hotline: 012 2560082

Instagram:               Shirazprojects

Facebook:                Shirazprojects

Hashtag:                   #SitiNurhalizaOnTour


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *