(HIBURAN) Donnie Ada Band Bintangi Filem Cinta Di Kota Raja

Spread the love

Poster Cinta Di Kota Raja

East Cinema Pictures mempersembahkan sebuah filem arahan Bambang Drias berjudul Cinta Di Kota Raja. Filem bergenre drama dan romantik ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei bermula 15 Januari 2015. Tajuk asal berjudul Erau Kota Raja telah ditukar ke Cinta Di Kota Raja bagi tayangan di negara Malaysia dan Brunei.

IMG_1374

Filem edaran Alternate Pictures ini dibintangi oleh Nadine Chandrawinata (Puteri Indonesia 2005) , Denny Sumargo, Donnie ‘ADA BAND’, Jajang C. Noer, Ray Sahetapy dan Herrichan. Cinta Di Kota Raja mengisahkan seorang  wartawan, KIRANA (Nadine Chandrawinata) ditugaskan membuat liputan Festival Antarabangsa Erau di Kutai Kartanegara. Semasa membuat liputan di situ, KIRANA berkenalan dengan seorang pemuda tempatan bernama REZA  (Denny Sumargo ) dan secara tidak langsung KIRANA jatuh hati kepada REZA. Percintaan mereka mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk ibu Reza (Jajang C. Noer).  Pelbagai cara yang dilakukan oleh ibu Reza bagi mengusir KIRANA  dari tempatnya. Kehadiran DONI (Donnie ‘ADA BAND’) di situ menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada. Pergolakan cinta tiga segi dan fitnah yang melanda menimbulkan keresahan masyarakat setempat.

Vokalis ADA BAND iaitu Donnie Sibarani turut menyanyikan lagu tema bagi filem lakonannya sendiri yang bertajuk Izikan. Menurut Donnie kariernya berkembang sebagai pelakon setelah diberi kepercayaan oleh pengarah. Vokalis Ada Band ini mengakui pada peringkat awal, dia hanya bertugas untuk mencipta lagu tema sahaja  bukannya terlibat sebagai pelakon. “Awalnya kami, Ada Band cuma ngisi soundtrack. Kemudian diajak Mas Bambang (pengarah) untuk main, kenapa enggak sekalian saja.” jelas Donnie.

Pengalaman Donnie berlakon dalam muzik video lagu-lagu ADA Band sebelum ini memberi kelebihan buat beliau untuk membawa watak sebagai Doni yang merupakan seorang pemuzik tampan dan bercita-cita tinggi. Namun, Donnei akui beliau sangat gugup pada peringkat awal kerana pengalamannya sebagai penyanyi di atas pentas sangat berbeza dengan bidang lakonan yang terikat dengan skrip. Sokongan pihak produksi melalui cara kerja yang menyenangkan membuat Donnie dapat melaksanakan peranannya dengan baik sekali.

Filem yang mengangkat tema festival Erau yang ada di Kutai Kartanegara sebagai tema utama cerita ini menjalani penggambaran selama 25 hari.  Menurut penerbit filem, Rita Widyasari : “Filem Cinta Di Kota Raja dapat dijadikan medium komunikasi yang tepat untuk lebih memperkenalkan keindahan dan kekayaan budaya Kukar khususnya pesta budaya Erau”.

cintaSMALL

Sinopsis Cinta Di Kota Raja

Seorang wartawan, KIRANA (Nadine Chandrawinata) ditugaskan membuat liputan Festival Antarabangsa ERAU di Kutai Kartanegara. Semasa membuat liputan di situ KIRANA berkenalan dengan seorang pemuda tempatan bernama REZA  (Denny Sumargo ) dan secara tidak langsung KIRANA jatuh hati kepada REZA. Percintaan mereka mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk ibu Reza (Jajang C. Noer).  Kehadiran Doni (Donnie ‘ADA BAND’) di situ menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada. Pergolakan cinta tiga segi dan fitnah yang melanda menimbulkan keresahan masyarakat setempat.

Details filem Cinta Di Kota Raja

Klasifikasi :  P13

Genre : Drama / Romantik

Tarikh Tayangan :  15 Januari 2015

Durasi  : 1 jam 35 minit

Syarikat Penerbit : East Cinema

Syarikat Pengedar: Alternate Pictures

Pelakon : Nadine Chandrawinata, Denny Sumargo, Donnie ‘ADA BAND’, Jajang C. Noer,

    Ray Sahetapy, Herrichan

Pengarah : Bambang Drias

Format : 2D

Sari kata : Bahasa Malaysia

Link Official Trailer :  https://www.youtube.com/watch?v=k3cDN_l2Pmw


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *