(HIBURAN) Episod Akhir ” Dalam Setiap Sujud ” di TV9

Spread the love

Fareez Jannah

Persoalan tentang siapakah di antara Fareez dan Hendra yang akan menjadi pilihan Jannah akan terlerai dalam episod akhir Dalam Setiap Sujud yang menjadi pilihan ramai penonton bagi slot Ratu di TV9 pada 25 Februari ini.

Dalam episod akhir ini, Jannah telah membawa hatinya yang luka untuk ke Yogjakarta bagi merawat hatinya kerana kecewa dengan Fareez  bagai memberi harapan buat Hendra untuk memiliki Jannah.   Fareez mula menyedari hakikat yang dia takut untuk kehilangan Jannah mula risau jika benar tiada lagi ruang untuknya di hati Jannah. Sepanjang pemergian Jannah, Fareez mulai terasa kehilangan dan rindu terhadap Jannah. Zulaikha pula masih tidak berputus asa mendapatkan Fareez sehingga nekad untuk mengambil pil tidur dan terpaksa ditahan di hospital. Jannah pula mula menyukai keikhlasan dan peribadi Hendra yang setia menanti kehadirannya walau mereka jauh terpisah. Siapakah pilihan Jannah akhirnya? Fareez, suami yang mula cintakannya ataupun Hendra?

Bagi peminat setia drama Dalam Setiap Sujud lakonan  Nur Fathia, Azlee Khairi, Keith Foo, Elfaeza Ulhaq, Rozie Othman, Watie Sadali dan ramai lagi jangan lupa saksikan episod akhir drama ini pada 25 Februari ini di slot Ratu jam 8.30 malam di TV9.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *